Tuesday 4 March 2014

TAJUK 4 : MODIFIKASI TINGKAH LAKU SKINNER



KUMPULAN A


SOALAN :


“Modifikasi tingkah laku Skinner menekankan pengukuhan positif dan negatif dalam bilik darjah”.
Sebagai seorang bakal guru, nyatakan cara-cara mengatasi tingkah laku negatif.

JAWAPAN : 


 Terdapat tiga strategi dalam menangani masalah tingkah laku. Antaranya ialah strategi meningkatkan tingkah laku, mengurangkan tingkah laku dan juga dengan menggunakan model pengurusan tingkah laku. Tingkah laku yang baik atau yang diingini yang di tunjukkan oleh murid hendaklah di tingkatkan lagi atau sekurang-kurangnya dikekalkan. 

Antara cara yang boleh digunakan oleh guru bagi mengatasi tingkah laku negatif adalah seperti peneguhan positif iaitu pemberian peneguhan atau ganjaran selepas sesuatu tingkah laku yang diingini di tunjukkan supaya tingkah laku itu dikekalkan atau di tingkatkan lagi. Contohnya, guru menghadiahkan anugerah Nilam kepada murid-murid yang banyak membaca. Hal ini dapat meningkatkan lagi dorongan kepada murid-murid untuk membaca.

Selain itu, peneguhan negatif juga boleh dilakukan. Peneguhan negatif merupakan penarikan rangsangan negatif setelah tingkah laku sasaran ditunjukkan dan akan mengekalkan atau meningkatkan lagi tingkah laku tersebut. Contohnya, guru akan memberitahu kepada murid yang tidak menyiapkan kerja, tidak akan dibenarkan untuk rehat. 

Seterusnya, pembentukan (shaping) ialah pemberian pengukuhan kepada pelakuan-pelakuan yang dilakukan oleh murid yang menjurus kepada pembentukan perlakuan yang dikehendaki. Sebagai contoh, murid selalu menjawab soalan yang diberikan oleh guru akan mendapat hadiah. Oleh itu, murid akan lebih berani mencuba dan menumpukan perhatian kepada guru. 

Sistem kontrak juga boleh dilakukan bagi mengelakkan tingkah laku negatif. Kontrak merupakan persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru dan murid) secara lisan atau bertulis. Murid di pertanggungjawabkan terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan berjaya jika murid faham akan tingkah laku yang hendak di ubah  dan murid faham akan kesan yang akan berlaku. Guru membuat perjanjian dengan murid-murid atas persetujuan bersama untuk menghantar latihan pada setiap awal pagi. Hal ini dapat memastikan murid sentiasa mengikuti arahan guru. Jika mereka tidak mematuhi, mereka akan didenda.

 Manakala Ekonomi Token pula ialah peneguhan yang diberi dalam bentuk token seperti syiling (coin) atau sticker, dan sebagainya apabila tingkah laku yang diingini ditunjukkan. Token ini boleh ditukarkan dengan pengukuh/benda lain yang disediakan oleh guru. Aktiviti ini dapat mengurangkan tingkah laku negatif dalam kalangan murid-murid kerana mereka akan bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan token yang lebih banyak.
             

 

 

No comments:

Post a Comment