Wednesday, 12 March 2014

TAJUK 4 : PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN



KUMPULAN D

 SOALAN :
 
Masalah disiplin merupakan salah satu daripada cabaran yang perlu dihadapi oleh guru dalam pengurusan bilik darjah. Sebagai seorang guru, bagaimanakah cara yang patut anda lakukan untuk menyelesaikan masalah ini berdasarkan model pengurusan kelompok kounin?

JAWAPAN :


Sebagai seorang guru, saya perlu mempunyai kepekaan dan kesedaran dalam mengawasi pergerakan setiap murid pada setiap masa. Ini disebut sebagai withitness oleh Kounin. Dengan kepekaan ini, seseorang guru berupaya menjangka masalah yang akan timbul dan selalunya dapa menghalang masalah tersebut menjadi lebih serius. Contohnya, dalam gerak kerja kumpulan, guru mengawasi dan berinteraksi dengan semua kumpulan kecil walaupun pada ketika itu dia sedang mengajar satu kumpulan yang tertentu. Seseorang guru juga perlu mampu menangani lebih daripada satu situasi dengan serentak. Kounin menggelarkannya sebagai pertindanan. Dengan tindakan pertindanan ini, guru boleh mengawal dan menguruskan bilik darjah dengan baik. Contohnya, ‘ Siti terus bacakan jawapan awak, saya dengar. Ali berhenti bermain dan dengar jawapan Siti’. Selain itu, guru juga boleh menggunakan Kesan Gelombang untuk menyelesaikan masalah dalam bilik darjah. Kesan tersebut membolehkan tindakan guru ke atas mana – mana murid juga mendatangkan kesan terhadap murid – murid lain. Kesan Gelombang akan lebih efektif jika guru membuat tindakan dengan jelas, tegas dan serius. Misalnya, ‘ Abu, berhenti bercakap dengan Ali, buka buku muka surat 5 dan buat latihan B. Tambahan pula, seseorang guru juga perlu menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan lancar. Guru harus elakkan penerangan yang meleret,memecahkan aktiviti – aktiviti p & p kepada bahagian – bahagian kecil sedangkan hal ini dapat dijalankan secara menyeluruh oleh murid. Murid akan berasa bosan dan akan melakukan perkara lain yang menarik minat mereka. Contohnya, guru boleh memanggil murid untuk memberikan maklum balas, menjawab soalan, membuat demonstrasi atau memberikan penerangan. Akhirnya, guru boleh memulakan pengajaran dengan menarik perhatian murid, meneruskan pengajaran dengan lancar, melakukan peralihan antara aktiviti p & p dengan cekap dan membuat penutup dengan menyimpulkan pengajaran pada hari itu dengan berkesan. Kounin menggelarkannya sebagai momentum pengajaran. Ia akan membantu murid untuk bersedia melibatkan diri dalam aktiviti p & p. Contohnya, guru menjalankan suatu aktiviti yang cabar dengan mengambil kira minat, kebolehan dan perkembangan murid.
           
 



No comments:

Post a Comment