SOALAN :
Ali pada mulanya
seorang murid yang rajin. Namun, dia berubah menjadi seorang murid yang nakal
dan melakukan perkara negatif. Apakah peranan dan tindakan guru untuk menangani
masalah disiplin bilik darjah?
JAWAPAN :
Guru boleh menggunakan kaedah kaunseling berdasarkan Teori
Realiti dengan Teori Kawalan yang merangkumi 5 peringkat. Teori kawalan iaitu bermaksud
mengandaikan tingkah laku manusia sebagai usaha untuk mengawal dunia kita sebagai
sebahagiannya dengan tujuan memuaskan keperluan kita secara penuhnya.
Pada peringkat pertama guru boleh membina hubungan guru dan
murid secara kaunselor. Guru boleh menggunakan teknik penerimaan, kejujuran,
keikhlasan dan mengelakkan kawalan di antara guru dengan Ali. Guru haruslah membina
hubungan yang rapat supaya Ali tidak malu dan kekok untuk bercerita kepada guru
sebagai contoh, guru membawa Ali untuk makan di kantin bersama dan sering bergurau
dan mengambil hati Ali seperti seorang kawan namun haruslah tidak membuatkan
Ali melanggar batasnya sebagai murid.
Seterusnya guru boleh melanjutkan tindakan ke Peringkat
yang kedua. Pengajaran dengan kawalan iaitu di mana Ali akan diberi harapan bahawa
dia akan dapat belajar membuat pilihan yang lebih berkesan dan dapat membantu kawalan
hidup mengikut keperluannya. Sebagai contoh, apabila Ali membuat keputusan yang
betul dan tepat, guru haruslah memebri penekanan yang positif supaya Ali sedar perbuatan
dia adalah baik dan supaya dia akan mengulang perbuatan yang baik pada masa hadapan.
Tambahan pula, guru melanjutkan ke peringkat seterusnya iaitu
Peringkat ketiga di mana. Penilaian tingkah laku menyeluruh. Hal ini dapat membantu
guru dan Ali memahami apa yang Ali sedang buat dan membuktikan kepada Ali
bahawa tingkah lakunya tidak akan membawa hasil yang diinginkan
Pada Peringkat keempat pula Perancangan dan perubahan tingkah
laku menyeluruh iaitu Guru perlu mengenalpasti keperluan Ali yang benar-benar diharapkan
untuk mengawal tingkah lakunya. Contohnya pemilihan keperluan ialah kasih sayang,
kebebasan. Berdasarkan fokus keperluan yang dikenal pasti, Ali akan diajar mengubah
tingkah laku dirinya menjadi lebih berkesan untukmemenuhi keperluan yang diinhinkannya.
Pada peringkat terakhir, iaitu Tindakan susulan di mana
rancangan perubahan tingkah laku yang menyeluruh dilaksanakan oleh Ali diri sendiri.
Tugas kaunselor (guru) hanya sebagai pembimbing apabila Ali menghadapi masalah.
No comments:
Post a Comment