Wednesday 12 March 2014

TAJUK 7 : LEWAT PERKEMBANGAN

KUMPULAN D

 SOALAN :

Sebagai seorang guru, anda seharusnya mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mantap dan menyeluruh dalam menguruskan murid-murid berkeperluan khas. Apakah jenis-jenis masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang berperkembangan lewat dan nyatakan strategi-strategi untuk membantu murid-murid tersebut.

JAWAPAN :

Kanak-kanak perkembangan lewat merupakan kanak-kanak yang dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami masalah. Mereka mengalami masalah kelewatan bahasa dan pertuturan, kelewatan kemahiran motor kasar dan motor halus, kelewatan kemahiran peribadi dan kelewatan kemahiran sosial. Sebagai contohnya, mereka bermasalah dalam proses pembelajaran, rendah daya pengubahsuaian tingkah laku, kurang berkesan dalam menjalani kehidupan secara berdikari, dan kurang menjalankan kewajipan sosial sesuai dengan peringkat umur mereka. Umur kronologi mereka tidak sama dengan umur mental mereka. Contohnya, kanak-kanak yang berumur 12 tahun mungkin mempunyai IQ seperti kanak-kanak yang berumur 6 tahun. 


Untuk membantu murid-murid yang berperkembangan lewat, guru perlu tingkatkan lagi interaksi dengan mereka. Sebagai contohnya, guru boleh galakkan perbualan dan perkongsian maklumat serta pengalaman peribadi dengan murid-murid. Guru juga boleh menggunakan kaedah nyanyian dalam sesi pengajaran untuk menggembirakan murid-murid. Di samping itu, guru juga boleh memupukkan amalan bacaan bersuara dalam kalangan murid-murid. Guru perlu memberi peluang kepada murid-murid untuk berucap di depan rakan-rakan sekelas mereka. Guru perlu memperkukuhkan penggunaan bahasa dan sebutan yang tepat dan betul dalam kalangan murid. Seterusnya, aktiviti-aktiviti pembelajaran yang melibatkan pergerakan dan penggunaan kumpulan otot-otot besar dan otot-otot kecil boleh ditingkatkan. Guru boleh menambahkan aktiviti-aktiviti kelas. Guru juga perlulah ajar dan berikan latihan berkaitan kemahiran-kemahiran peribadi yang tertumpu kepada cara penjagaan dan pengurusan diri dalam kalangan mereka. Latihan yang mengamalkan kemahiran-kemahiran sosial dalam kelas, termasuk cara-cara berkomunikasi yang berkesan juga perlu ditumpukan dalam kalangan murid-murid.
 

No comments:

Post a Comment