Wednesday 12 March 2014

TAJUK 3: STRATEGI MEMBINA HUBUNGAN POSITIF GURU-MURID



KUMPULAN E

Soalan :

“Pembinaan Rapo penting untuk mewujudkan situasi P&P yang berkesan dalam kelas.”Bagaimanakah pembinaan rapo boleh menjalinkan hubungan positif antara guru dengan murid?

Jawapan:

Definisi untuk Rapo ialah hubungan yang berasaskan sifat saling hormat-menghormati, percaya-mempercayai dan faham-memahami.Cara pertama untuk menjalinkan hubungan positif antara guru dengan murid ialah ingat dan panggil nama murid berkenaan dengan tepat.Guru mengenali dan mengingati nama murid pada hari pertama masuk kelas.Sepanjang P&P, guru boleh minta murid menjawab soalan dengan memanggil nama mereka.Murid yang dikenali oleh guru akan berasa bangga dan hubungan erat guru-murid turut dijalinkan.

Cara yang kedua pula ialah memupuk identiti kelas.Guru memberi peluang kepada semua murid untuk memikul tanggungjawab bagi menceriakan dan membersihkan kelas.Hal ini dapat memupuk murid-murid mempunyai semangat cintakan bilik darjah dan sifat bekerjasama dalam kelas.Dalam hal ini, pembinaan rapo juga akan menjadi lebih teguh.

Seterusnya,melalui Cara ketiga ialah Menanamkan semangat cintakan kelas/bilik darjah. Hal ini bermaksud,guru boleh menanamkan semangat cintakan kelas dalam kalangan murid boleh membangkitkan motivasi intrinsik kepada murid-murid untuk datang ke sekolah. Selain itu, Guru boleh menggunakan strategi-strategi tertentu untuk menjadikan kelas sebagai satu tempat yang seronok untuk menimba ilmu. Guru boleh menanamkan sifat kepunyaan murid terhadap kelas melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan bersama.

Seterusnya melalu cara atau teknik keempat iaitu guru haruslah bertindak selaku ketua pegawai eksekutif (CEO).Murid akan mencari sebab untuk menghormati dan mematuhi guru. Jadi guru haruslah menjadi contoh yang baik.Guru perlu menyampaikan mesej bahawa gurulah yang sebenarnya mempunyai kuasa untuk mengawal bilik darjah dan tingkahlaku murid serta layak dihormati. 

Tambahan pula, kaedah kelima sebagai seorang guru kita haruslah 5 ialah Beri peluang kepada murid untuk mengenali diri guru. Sebagai contoh, guru memberi peluang kepada murid untuk mengemukakan soalan yang mereka ingin tanyakan tentang guru. Selain itu, guru juga harus meluangkan sedikit waktu untuk bersama dalam aktiviti kokurikulum 
                                              

No comments:

Post a Comment