Sunday 6 April 2014

TAJUK 7 : AUTISITIK


KUMPULAN C
 
Soalan :
Farhan merupakan murid Prasekolah Ceria. Di usia enam tahun dia tidak mampu bersosial, tidak boleh bertutur dan berkomunikasi. Dia juga sering bersifat agresif dan suka mencederakan diri. Keadaan ini telah menyebabkan dia ketinggalan dalam pembelajaran didalam kelas. Sebagai seorang guru, bincangkan strategi-strategi untuk membantu murid-murid yang berkelakuan seperti Farhan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Jawapan :
Pengetahuan tentang kanak-kanak bekeperluan khas perlu ada pada setiap orang guru. Hal ini kerana pengetahuan ini akan membantu seseorang guru bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta mengenalpasti tahap perkembangan murid-murid. Disamping itu juga, murid dengan keperluan khas adalah berbeza daripada murid biasa dari segi kebolehan mental, keupayaan fizikal, deria, tingkah laku sosial dan keupayaan emosi. Mereka juga, perlu dirujuk kepada pakar perubatan untuk menentukan sama ada mereka sesuai dihantar ke sekolah khas atau ke sekolah biasa dan mereka digalakkan belajar di kelas biasa. Murid ini akan belajar bersama-sama dengan murid biasa, dalam persekitaran yang sama, kurikulum yang sama dan diajar oleh guru yang sama.Suasana seperti ini akan membiasakan murid keperluan khas dengan keadaan dunia yang sebenar.
Walaupun guru yang mengajar murid ini adalah guru biasa yang tidak mempunyai latihan khas untuk mengendalikan mereka, guru atau pelaksana perlu tahu mengenai murid keperluan khas ini supaya mereka boleh membuat penyesuaian dari segi pengajaran dan pembelajaran yang perlu disediakan.Untuk membantu guru biasa ini, adalah disarankan supaya setiap tadika yang ada murid keperluan khas mempunyai guru sokongan (support teacher) yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas tentang murid keperluan khas. Pada pandangan saya Farhan boleh dikategorikan kanak-kanak bekeperluan khas dan dia menunjukkan ciri-ciri kanak-kanak autistic.
Kanak-kanak autistik merupakan golongan kanak-kanak yang menghidap autisme. Menurut Razhiyah (2008), autisme berasal dari perkataan “autos” yang memberi makna diri sendiri manakala perkataan “isme” pula bermaksud suatu aliran. Autisme bermaksud kecacatan mental seumur hidup yang disebabkan oleh kegagalan fungsi otak (Zharulnizam Shah 2010) manakala menurut Yayasan Autisma Indonesia (2008), autisme adalah gangguan perkembangan kompleks yang gejalanya muncul sebelum seseorang kanak-kanak itu berusia tiga tahun. Selain itu, White,et. al. (2012) mentakrifkan autisme sebagai ketidakupayaan dalam kemahiran sosial dan komunikasi serta mempunyai minat dan aktiviti yang terhad. Sehubungan dengan itu, kanak-kanak autistik adalah kanak-kanak yang mengalami kecacatan mental yang mengakibatkan ketidakupayaan dalam kemahiran sosial, komunikasi dan mempunyai minat dan aktiviti yang terhad.
 
 
 
Kajian mengenai kanak-kanak autistik ini telah dipelopori oleh Leo Kanner pada tahun 1943 (White, et.al. 2012). Beliau telah menjalankan kajian ke atas sebelas orang kanak-kanak yang mempunyai masalah perkembangan bahasa yang lewat, mempunyai keupayaan intelektual normal, tidak mempunyai masalah sistem saraf dan terdiri dari golongan yang berada. Hasil kajian mendapati autisme terjadi adalah disebabkan oleh masalah biologi. Acap kali kanakkanak ini dilabelkan sebagai kanak-kanak yang menghidap skizofrenia, lemah minda, bodoh dan lembap sebelum kajian ini dilakukan. Sehubungan dengan itu, terdapat perbezaan di antara kanak-kanak yang menghidap autisme dengan kanak-kanak yang penyakit skizofrenia.
 Kanak-kanak autistik sering menunjukkan ketidakupayaan mereka dalam perkembangan sosial, komunikasi dan juga tingkahlaku (Ministry Of Education British Columbia 2000). Kenyataan ini disokong oleh kajian lepas menyatakan bahawa tiga ketidakupayaan utama kanak-kanak autistik adalah ketidakupayaan komunikasi sosial, ketidakupayaan interaksi sosial dan ketidakupayaan imaginasi. Hal ini mengakibatkan mereka tidak dapat memberikan tindak balas terhadap sesuatu rangsangan seperti bunyibunyian atau objek yang mereka lihat. Walaupun begitu, tidak semua kanak-kanak autistic mengalami ketiga-tiga ketidakupayaan ini.
Kanak-kanak autistik sebenarnya boleh melihat dan mendengar. Namun, kecacatan mental yang dihadapi menyebabkan mereka sukar untuk memahami dan mentafsir maklumat yang diperoleh. Mereka juga dilihat seperti tidak tahu memulakan atau melibatkan diri dalam komunikasi (Ganz, Kaylor, Bourgeoia dan Hadden, 2008) dan juga tidak mampu mempamerkan emosi mereka kepada individu sekeliling mereka. Kenyataan ini disokong oleh kajian-kajian lepas menyatakan bahawa kanak-kanak autistik sering berhadapan dengan cabaran-cabaran seperti penggunaan bahasa, penggunaan perkataan, imaginasi dan seterusnya menggunakan pemikiran secara abstrak. Hal ini jelas menunjukkan kanak-kanak autistik menghadapi masalah pertuturan dan bahasa. Ekoran daripada masalah ini, mereka sering berdepan dengan masalah tingkahlaku bagi menunjukkan rasa tidak puas hati mereka  terhadap orang di sekelilingnya (Mancil dan Boman 2010).
Sehubungan dengan itu, pendidikan dan pendekatan yang sesuai perlu diberikan kepada mereka. Hal ini menunjukkan guru-guru pendidikan khas memainkan peranan penting dalam membantu kanak-kanak ini menangani ketidakupayaan mereka. Oleh hal sedemikian, guru-guru perlu merangka strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan agar dapat dilaksanakan kepada kanak-kanak autistik dalam menangani masalah mereka.
 
 
 
 
 
 
 
Ciri-Ciri Kanak-Kanak Autistik Bermasalah Pertuturan Dan Bahasa
Anggaran kanak-kanak autistik yang tidak boleh bertutur langsung atau mempunyai kebolehan bertutur yang minimum di Amerika Syarikat adalah dua puluh lima peratus sehingga enam puluh satu peratus (Schlosser dan Wendt 2008). Hal ini menunjukkan kanakkanak autistik berdepan dengan masalah komunikasi yang serius. Gejala autisme di kalangan kanak-kanak boleh dikesan pada usia 1 ½ tahun sehingga 3 tahun (Zharulnizam Shah 2010). Antara simptom-simptom yang boleh dilihat adalah tiada tindak balas apabila nama mereka dipanggil dan perkembangan pemerolehan pertuturan yang lewat (Paul 2009). Kesannya, kanak-kanak autistik dilihat seperti terperangkap di dalam dunianya sendiri seolah-olah komunikasi adalah tidak penting.
Lambat memulakan pertuturan merupakan ciri-ciri kanak-kanak autistik bermasalah pertuturan (Kasran 2003). Hal ini disebabkan oleh perkembangan mereka yang lewat daripada kanak-kanak yang normal. Sebagai contoh, pada usia kanak-kanak setahun, mereka seharusnya sudah boleh menyebut dua hingga tiga perkataan tambahan seperti ‘mama’ dan ‘papa’. Namun, kanak-kanak autistik masih tidak dapat menyebut perkataan ini. Selain itu, kanak-kanak autistik juga didapati tidak menggerakkan mata dan kepala mereka ke arah bunyi yang diberikan seolah-olah mereka kelihatan seperti orang pekak. Mereka juga tidak memberikan sebarang respon apabila nama mereka dipanggil dan mereka juga dilihat terlalu diam berbanding kanak-kanak lain yang sebaya dengan mereka.
Selain itu, ketiadaan ‘babbling’, gerak laku dan isyarat pertuturan dapat dilihat daripada kanak-kanak autistik (Bregman dan Higdon, 2012). Hal ini disebabkan oleh kepadatan neuron di dalam saraf yang dinamakan amyglada dan hippocampus di dalam otak kanak-kanak autistik. Sistem saraf amyglada mempunyai hubungkait dengan deria kulit danotot, rasa, penglihatan, pendengaran, bau, pertuturan dan pergerakan motor manakala saraf hippocampus pula berperanan merangsang pembelajaran dan memori seseorang individu (Morris 2005). Kerosakan kedua-dua saraf ini mengakibatkan kegagalan menyimpan maklumat terbaru di dalam memori serta menyebabkan tiada ‘babbling’, gerak laku, isyarat dan pertuturan di kalangan kanak-kanak autistik.
Kelainan dalam pertuturan juga sering berlaku kepada kanak-kanak autistic bermasalah pertuturan dan bahasa (Bregman dan Higdon, 2012). Mereka sering menunjukkan perbezaan yang berikut seperti ritma yang stereotype atau berlagu-lagu dengan bunyi yang dipanjangkan secara berlebihan, pengeluaran vokal yang berubah-ubah turun naik tidak seperti biasa, pic suara yang terhad dan nada bunyi yang berbeza dan tidak konsisten dengan makna yang ditekankan secara lisan. Mereka juga gagal menunjukkan isyarat bukan lisan seperti ekspresi muka semasa komunikasi (Bregman dan Higdon, 2012). Kesannya, sering kali timbul salah faham di kalangan pihak yang mendengar terhadap kanak-kanak ini.
Ada sesetengah kanak-kanak autistik mengalami ekolalia iaitu sering mengulangi percakapan yang didengar (Ministry of Education British Columbia 2000). Ekolalia bermaksud mengajuk atau mengulangi percakapan orang lain (Zharulnizam Shah 2010). Terdapat tiga jenis ekolalia iaitu ekolalia serta-merta, ekolalia lewat dan ekolalia ringan. Ekolalia serta merta (immediate echolalia) bermaksud pengulangan yang tepat dan serta merta apabila sesuatu perkataan disebut manakala ekolalia lewat (delayed echolalia) bermaksud sesuatu perkataan itu diucapkan agak lama selepas perkataan asal disebut. Ekolalia ringan (mitigated echolalia) pula bermaksud pengulangan perkataan yang segera tetapi mengandungi perubahan terhadap susunan kata dan apa yang dituturkan. Namun pada hakikatnya kanak-kanak ini sebenarnya tidak berniat untuk melakukan sebarang komunikasi semasa mereka mengulangi sesuatu perkataan.
Kanak-kanak autistik juga kurang cekap dalam menarik perhatian rakan sebayanya untuk berinteraksi dengannya. Ketiadaan ‘eye contact’ ketika berkomunikasi menyebabkan mereka tidak berupaya mengikuti perbualan rakan sebayanya (Ministry of Education British Columbia 2000). Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat memahami ekspresi orang lain dan sering memberikan tindak balas yang salah. Sekiranya mereka menginginkan sesuatu, mereka lebih gemar menarik tangan orang dewasa daripada menunjuk barang yang diingini. Namun begitu, sesetengah kanak-kanak autistik boleh menyebut sesuatu perkataan, frasa atau ayat namun tidak berupaya mengaplikasikannya. Oleh itu, ibu bapa seharusnya sedar dan peka tentang keganjilan yang berlaku kepada anak mereka dari peringkat awal lagi.Pengesanan awal membolehkan kanak-kanak autistik ini diberi rawatan intervensi bagi meminimumkan ketidakupayaan mereka.
 
Punca-Punca Masalah Pertuturan Dan Bahasa Kanak-Kanak Autistik
Menurut Zharulnizam Shah (2010), statistik pada tahun 2010 menunjukkan kadar rakyat Malaysia yang menghidap autisme adalah seramai 47000 orang . Gejala autisme ini empat ganda lebih kerap terjadi kepada kanak-kanak lelaki (Cohen 2011) berbanding kanakkanak perempuan tanpa mengira kaum, bangsa, taraf sosial dan ekonomi keluarga. Namun begitu, kajian oleh National Autism Society of Malaysia (2011) mendapati bilangan kanakkanak autistik ini meningkat sebanyak 30 peratus sejak 3 tahun yang lepas. Tambahan, kajian oleh Cohen (2011) menunjukkan kadar kelahiran bayi autistik kini adalah satu nisbah seratus sepuluh kelahiran. Oleh itu, pengenalpastian terhadap punca-punca masalah pertuturan di kalangan kanak-kanak autistik perlu dikaji agar langkah-langkah pencegahan dan rawatan yang sewajarnya dapat diberikan.
Antara punca kanak-kanak autistik menghadapi masalah bertutur adalah disebabkan oleh faktor genetik (Ministry of Education British Columbia 2000). Hal ini terjadi disebabkan oleh kehadiran beberapa gen yang berpisah dan berinteraksi antara satu sama lain Bregman dan Higdon, 2012) sehingga menyebabkan proses penularan genetik menjadi kompleks. Pihak saintis sedang berusaha mengkaji untuk mengenal pasti gen mana yang terlibat dan bagaimana gen tersebut terlibat. Menurut Razhiyah (2008), kebarangkalian pasangan kembar seiras untuk menghadapi autisme atau masalah interaksi sosial dan kefahaman bahasa adalah tinggi sekiranya pasangannya mengidap autisme.
Selain itu, jangkitan virus yang dihadapi oleh si ibu semasa hamil turut menyumbang kepada punca seorang kanak-kanak menghidap autisme. Jangkitan virus seperti Rubella, Toxo, Herpes, pemakanan yang tidak berzat, keracunan makanan boleh mempengaruhi pertumbuhan sel otak dan seterusnya mengganggu fungsi otak bayi. Hal ini menyebabkan aspek komunikasi, pemahaman dan interaksi terganggu. Faktor pencernaan didapati menjadi punca terjadinya autisme di kalangan kanakkanak. Kajian mendapati lebih 60 peratus kanak-kanak autistik menghadapi masalah pencernaan (Jamila K.A. Mohamed 2005). Makanan yang dimakan oleh bayi seperti susu daripada haiwan dan tepung gandum tidak dapat dicerna dengan baik oleh tubuh. Kesannya protein tidak dapat ditukar kepada asid amino yang dibuang dan badan terus menyerap protein. Akibatnya sel-sel otak menjadi rosak dan seterusnya mengganggu fungsi otak yang melibatkan aspek kognitif, komunikasi reseptif, perhatian dan tingkah laku.
 
 
Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Guru Terhadap Kanak-Kanak Autistik Bermasalah Pertuturan Dan Bahasa.
Pendidikan untuk semua menekankan bahawa semua kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan tanpa mengira perbezaan latar belakang dan kebolehan termasuklah kanak-kanak autistik. Kanak-kanak autistik merupakan kanak-kanak kategori bermasalah pembelajaran dan memerlukan pembelajaran yang sesuai agar keperluannya dapat dipenuhi. Kanak-kanak autistik tidak sesuai mengikuti pembelajaran di kelas aliran perdana kerana kandungan pelajarannya tidak memenuhi keperluan mereka serta penggunaan bahasa lisan sebagai dominan dalam arahan (Carnahan 2006). Hal ini disokong oleh kajian- kajian lepas menyatakan kanak-kanak autistik mempunyai kelemahan dalam bahasa lisan (Carnahan 2006). Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran mediatif, koperatif, masteri dan pemusatan murid dan bahan boleh dilaksanakan terhadap kanak-kanak ini (Mok Soon Sang 2007).
 
Strategi pengajaran dan pembelajaran mediatif amat sesuai digunakan terhadap kanak-kanak autistik. Pengajaran berbantukan komputer boleh digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak autistik. Penggunaan simbol-simbol grafik yang menarik bukan sahaja dapat membantu kanak-kanak ini mengingat malah menyokong pemahaman mereka (Valiquette, Sutton dan Ska, 2010). Dengan ini, mereka boleh mengulangi rakaman suara yang telah didengari sambil menyebut sesuatu perkataan, frasa atau ayat secara berulang-ulang sehingga mereka memperoleh kefahaman. Guru-guru juga boleh memberikan latihan seperti menekan butang bagi setiap jawapan yang betul sebagai peneguhan terhadap apa yang telah dipelajari.
Seterusnya, strategi pengajaran dan pembelajaran koperatif pula menekankan pelaksanaan aktiviti berkumpulan. Murid-murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk memudahkan proses pemantauan dilakukan. Antara kebaikan penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaran ini adalah guru-guru dapat memberi laluan dan galakan kepada kanak-kanak untuk berinteraksi dengan rakan sebaya mereka. Ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran bertutur di samping menambahkan perbendaharaan kata. Guru-guru juga boleh menggunakan bahan-bahan visual (Anonymous 2005) semasa proses pengajaran dan pembelajaran seperti Picture Exchange Communication System (PECS) (Carnahan 2006). PECS amat sesuai digunakan untuk kanak-kanak autistik yang tidak bertutur atau mempunyai kebolehan bertutur yang minimum (Roa dan Gagie, 2006).
PECS merupakan satu program yang mengandungi enam fasa yang berperanan untuk membangunkan kemahiran bertutur kanak-kanak bagi membolehkan mereka berkomunikasi (Spence-Cochran dan Pearl, 2012). Setiap fasa yang dijalankan perlu dilakukan mengikut urutan. Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam jumlah perbendaharaan kata kanak-kanak autistik di samping tingkahlaku yang tidak diingini turut berkurangan. Hal ini menunjukkan bahawa program ini amat sesuai digunakan oleh guruguru di dalam bilik darjah bagi membantu mereka menangani masalah pertuturan dan bahasa.
Sesetengah kanak-kanak autistik tidak dapat membangunkan kemahiran pertuturan mereka sendiri dan memerlukan satu sistem komunikasi yang berkait dengan pengalaman, persekitaran dan interaksi mereka dengan orang dewasa (Light dan Drager, 2007). Hal ini menunjukkan kanak-kanak autistik memerlukan pengajaran secara individu. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran masteri amat sesuai digunakan kerana menekankan pembelajaran secara individu.
 
 
 
 Kanak-kanak autistik tidak dapat membangunkan kemahiran pertuturan mereka secara automatik (Ministry of Education British Columbia 2000) seperti kanak-kanak tipikal yang lain tetapi dapat membentuk satu bentuk komunikasi mereka sendiri. Biasanya, mereka akan menggunakan pergerakan tubuh badan dan ekspresi sebagai medium komunikasi. Oleh itu, guru-guru perlu memahami dan mempunyai pengetahuan tentang bentuk komunikasi kanak-kanak ini. Aktiviti-aktiviti seperti memandang muka guru semasa guru mengajar, memandang satu kedudukan (tidak memerlukan bertentang mata) dan meletakkan tangan pada tempat yang diarahkan serta memberi pujian dapat membantu mereka membentuk kemahiran bertutur secara tidak langsung.
Di samping itu, strategi pemusatan murid dan bahan juga boleh digunakan oleh guruguru pendidikan khas terhadap kanak-kanak autistik. Murid-murid digalakkan bergerak aktif dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan manakala guru merupakan pemimpin yang membimbing murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh penggunaan skrip sosial sebagai bahan pengajaran. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, apabila kanakkanak autistik yang diajar menggunakan skrip sosial melalui contoh, penggalakan dan pengukuhan, interaksi mereka dengan rakan sebaya dan orang dewasa didapati meningkat secara tidak langsung (Ganz, Kaylor, Bourgeois dan Hadden, 2008) selain dapat menggalakkan pertuturan.
Walaupun kanak-kanak autistik mengalami kecacatan mental seumur hidup mereka, namun mereka merupakan individu yang unik dan istimewa. Ibu bapa khasnya amat mengharapkan anak mereka belajar untuk bertutur (Paul, 2009). Di sinilah peranan guru-guru dikatakanpenting dalam membantu meningkatkan kemahiran bertutur mereka dengan melaksana strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut tahap keupayaan dan kebolehan mereka. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru-guru adalah melaksanakan terapi berkuda, terapi muzik, mengadakan lawatan sambil belajar luar dari kawasan sekolah serta membina kolaborasi dengan pihak ibu bapa.
Terapi berkuda adalah satu bentuk rawatan yang diberikan kepada kanak-kanak dengan keperluan khas menggunakan kuda. Menurut Macauley dan Gutierrez (2004), terapi berkuda merupakan satu bentuk strategi rawatan sama ada terapi fizikal, cara kerja atau pertuturan yang menggunakan pergerakan kuda. Pergerakan kuda banyak mempengaruhi pergerakan kanak-kanak.Semasa kanak-kanak autistik menunggang kuda, pergerakan kuda dikatakan dapat membantu mereka terutama dalam membetulkan masalah saraf yang dihadapi. Kajian lepas turut mendapati pertuturan kanak-kanak yang mendapat rawatan terapi berkuda adalah lebih baik daripada kanak-kanak yang mendapat rawatan biasa. Sehubungan dengan itu, guru-guru bolehlah mengambil inisiatif dengan mengadakan kolaborasi dengan pemilik ladang kuda dan menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti tahunan bagi membantu kanak-kanak autistik khasnya bagi meningkatkan kemahiran pertuturan mereka.
Selain itu, terapi muzik juga dapat membantu kanak-kanak autistik yang mengalami masalah pertuturan. Secara umumnya, terapi muzik ini berperanan untuk memulih, memelihara dan meningkatkan taraf kesihatan mental dan fizikal seseorang. Bagi kanakkanak autistik, menyebut lirik lagu yang dipelajari dapat membantu mereka menangani masalah pertuturan yang dialami. Pengulangan perkataan secara berulang-ulang dapat membantu mereka membentuk kefahaman yang jelas tentang makna sesuatu perkataan dan seterusnya menambah perbendaharaan kata mereka. Keyakinan diri mereka juga dapat dipertingkatkan melalui terapi muzik ini. Tambahan, mereka turut diajar untuk bergaul dengan rakan-rakan sebaya mereka melalui pergerakan muzik.
Lawatan sambil belajar juga merupakan salah satu aktiviti yang boleh membina minda kanak-kanak autistik. Lawatan ke zoo atau taman burung membolehkan murid mengenal haiwan-haiwan tersebut secara dekat. Ini memberikan satu ilmu baru kepadamurid-murid khasnya kanak-kanak autistik. Dengan ini, mereka akan terdorong untuk berinteraksi di samping menambah perbendaharaan kata mereka. Contohnya guru boleh mengajar dan membantu murid menyebut nama binatang yang dilihat. Hal ini secara tidak langsung dapat mengatasi masalah pertuturan dan bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak autistik.
Kolaborasi dengan ibu bapa turut memainkan peranan penting dalam membantu kanak-kanak autistik ini dalam menangani ketidakupayaan mereka. Pendidikan yang berterusan di rumah dapat memberikan impak yang positif kepada kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang mendapat pendidikan dan perhatian daripada ibu bapa di rumah menunjukkan perkembangan yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang menerima pendidikan di sekolah sahaja. Bukan sahaja dapat meningkatkan potensi perkembanganmereka malah turut meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak tersebut. Hal ini jelasmenunjukkan kolaborasi antara guru-guru dan ibu bapa memberi impak yang besar terhadap kehidupan kanak-kanak berkeperluan khas. Oleh hal sedemikian, guru-guru perlu membina hubungan yang baik dengan ibu bapa agar kebajikan kanak-kanak ini terus terjamin.

TAJUK 7 :Pintar Cerdas dan Berbakat

Kumpulan A

 Soalan

Ali merupakan seorang pelajar yang pintar cerdas dan berbeza dengan pelajar lain. Oleh itu, dia sering berasa bosan dan mengantuk ketika berada dalam kelas kerana pembelajaran yang terlalu mudah.

Cadangkan teknik penyampaian pengajaran dan program pengayaan yang sesuai dengan Ali.

 
Jawapan:

 
            Menurut pakar dalam bidang kreativiti dan bakat, murid – murid pintar cerdas dan berbakat biasanya mempunyai darjat kecerdasan yang lebih tinggi daripada purata. Mereka memerlukan pengalaman pembelajaran yang berlainan daripada apa yang biasanya disediakan di sekolah untuk memenuhi tahap keupayaan akademik mereka. Oleh yang demikian, guru haruslah mengaplikasikan teknik penyampaian pengajaran dan program pengayaan yang berlainan kepada Ali.

 

            Salah satu teknik penyampaian pengajaran dan program pengayaan merupakan bilik darjah pullout. Ali dibenarkan meninggalkan bilik darjah biasa untuk satu tempoh tertentu dalam jadua waktu kelas bertujuan mengikuti pengajaran khusus, kemudian kembali ke kelas asal mereka. Contohnya, melibatkannya dalam seminar atau kerja lanpangan yang memberi peluang kepadanya untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran yang setimpal dengan tahap kebolehannya.

 

            Selain itu, bilik resos merupakan salah satu teknik penyampaian pengajaran dan program pengayaan bagi Ali.       Ali bepeluang untuk melakukan aktiviti yang mencabar kebolehannya. Sebagai contoh, Ali boleh diberi peluang untuk membuat bacaan senyap, membuat rujukan menggunakan internet dan sebagainya.

 

            Tambahan pula, program pecutan dalam bilik darjah biasa juga merupakan teknik yang amat berkesan. Ali akan  belajar mengikut kurikulum mengikut kadar kemajuan dan tahap kebolehan masing – masing. Guru boleh melangkaukan aspek – aspek kurikulum yang difikirkan tidak perlu bagi Ali malah memberi kurikulum yang lebih tinggi tahapnya kepada Ali supaya dia tidak berasa bosan dalam kelas.

 

            Seterusnya, teknik penyampaian pengajaran dan program pengayaan bagi Ali yang pintar cerdas merupakan menyediakan bilik darjah yang serba lengkap. Hal ini demikian kerana, dengan adanya bilik darjah yang lengkap dengan bahan bantu mengajar yang mencabar, alat yang berteknologi tinggi akan memberi peluang untuk meningkatkan kecerdasan dan bakatnya pada tahap yang maksium.

 

            Selain itu, program pengayaan merupakan teknik penyampaian pengajaran dan program pengayaan yang amat sesuai dengan Ali. Guru boleh memberi peluang yang biasanya tiada dalam kurikulum biasa. Guru bolehlah memberi aktiviti atau latihan yang dapat mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif kepada Ali. Di samping memberi peluang kepadanya untuk memilih bidang yang digemari.

 

Ini merupakan teknik – teknik penyampaian pengajaran dan program – program pengayaan yang sesuai dengan Ali.

 

Saturday 5 April 2014

TAJUK 5 : SEBAB BERLAKU MASALAH DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU

KUMPULAN C
 
SOALAN :
“Samad sering melakukan masalah disiplin di sekolah dan mempunyai sifat panas baran”. Sejauh manakah anda bersetuju bahawa masalah disiplin dan tingkah laku yang dilakukan oleh Samad dipengaruhi oleh faktor persekitaran.

JAWAPAN :
Setiap perkara yang berlaku mempunyai sebab dan alasan tertentu. Begitu juga dengan masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan murid sekolah rendah. Punca utama masalah disiplin murid sekolah timbul ialah diri murid itu sendiri. Personaliti setiap murid adalah berbeza. Masalah disiplin sering ditimbulkan oleh murid yang mempunyai sikap agresif dan bersifat ekstravert. Murid yang sangat aktif dan gemar berinteraksi dengan murid lain cenderung untuk melanggar peraturan yang ditetapkan terutamanya semasa di dalam bilik darjah. Contohnya, membuat bising serta menganggu murid lain dan secara tidak langsung turut menjejaskan proses pembelajaran di dalam kelas.

            Hal yang demikian turut berlaku dalam kalangan murid yang bersifat agresif iaitu mereka sering dan mudah bertindak ganas seperti cepat marah. Mereka ini juga kadang-kadang sengaja untuk menimbulkan kenakalan agar mereka ini mendapat layanan dan perhatian yang sewajarnya daripada guru-guru,rakan-rakan, dan ibu bapa. Pada asasnya individu yang berkelakuan melanggar peraturan mempunyai keperluan emosi yang tidak dapat dipenuhi. Selain itu, perasaan iri hati dan tersingkir di rumah, sekolah, dan persekitaran yang kerap mendorong berlakunya tingkah laku yang menyimpang terhadap diri dan juga orang lain. Hal yang demikian berlaku kerana kekurangan keupayaan bagi melaksanakan sesuatu dan juga kerana faktor sosial yang ada di sekitar mereka yang boleh melumpuhkan kehendak.

Sikap murid itu sendiri yang mengamalkan sosiemosi yang kurang sihat turut menyebabkan masalah disiplin. Sekiranya dilihat daripada aspek murid, didapati berlakunya corak persahabatan dalam kalangan murid yang tidak sihat. Sehubungan dengan itu, maka wujudlah situasi atau kelompok tertutup, perasingan, murid tersingkir, dan juga pasangan murid adalah pilihan masing-masing. Tingkah laku seperti ini akan menjejaskan perhubungan yang baik dalam kalangan murid itu sendiri. Golongan yang bersifat sebegini perlu diberi bantuan yang sewajarnya agar masalah disiplin dapat dikurangkan. Sebagai seorang guru, mereka perlu melibatkan murid-murid dalam aktiviti berkumpulan. Suasana yang sihat, tenteram, dan harmonis akan menyediakan suasana yang menggalakkan proses pembelajaran di sekolah.

Seterusnya, faktor atau permasalahan kesihatan murid juga merupakan punca berlakunya masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah. Keadaan kesihatan murid yang sihat dan baik dapat mengurangkan masalah disiplin murid kerana membantu murid untuk memberikan tumpuan yang lebih semasa proses pembelajaran dijalankan. Hal yang demikian amat berbeza pula jika dibandingkan dengan keadaan murid yang tidak sihat kerana mereka mudah berasa tertekan. Selain itu, mereka juga mudah berasa rimas atau tidak selesa, letih, emosi tidak stabil, gelisah, dan sebagainya yang akan menganggu tumpuan belajar mereka. Keadaan ini turut memberi kesan kepada guru untuk menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan kepada murid dengan lebih berkesan. Berdasarkan faktor ini, masalah disiplin berlaku apabila murid mudah berasa marah dan bertindak dengan melanggar peraturan sekolah seperti bergaduh dan tidur di dalam kelas.

Masalah disiplin bukan sahaja berpunca daripada sikap murid malah turut berpunca daripada kaedah pengajaran dan bahan yang tidak sesuai diberikan oleh guru. Bahan pengajaran yang terlalu bersifat lama dan formal akan menimbulkan kebosanan dalam kalangan murid. Hal yang demikian kerana bahan tersebut tidak dapat menarik perhatian murid dan terlaku sukar untuk diikuti serta difahami oleh murid-murid. Contohnya dapat dilihat apabila guru hanya menggunakan kaedah pengajaran seperti membaca, menulis, dan berkomunikasi sehala semata-mata. Keadaan yang bosan akan mendorong murid-murid untuk memberontak. Contohnya, murid cenderung untuk ponteng sekolah, ponteng kelas, menganggu murid lain, membuat bising dan sebagainya.

Kualiti guru merupakan salah satu punca berlakunya masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah. Persediaan guru amat penting bagi menjamin ketenteraman serta disiplin murid-murid. Guru yang berinisiatif serta kreatif, menggunakan bahan dan alat bantu mengajar yang menarik dapat mengambil hati murid untuk menumpukan perhatian dan mengurangkan masalah disiplin murid. Guru yang bersikap kurang tegas serta tidak tetap pendirian turut sukar untuk mendapat penghormatan murid-murid dan guru seperti ini amat sukar untuk mengawal murid-murid di bawah jagaannya.

Tambahan pula, suasana sosioemosi yang kurang sihat juga turut mendorong dan menyebabkan masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah. Guru yang bersifat autokratik dan dominan akan menyebabkan murid sentiasa berada dalam keadaan emosi yang tidak selesa dan tertekan. Contohnya seperti perasaan bimbang, takut, dan gemuruh yang melampau. Keadaan ini akan mewujudkan suasana atau situasi emosi murid yang tidak menentu dan tertekan. Ekoran daripada itu, emosi yang tertekan akan menjejaskan keupayan murid untuk menerima input pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru.

Masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah juga berpunca daripada persekitaran sekolah itu sendiri. Antara perkara yang menggalakkan masalah disiplin berlaku adalah organisasi dan struktur belajar di sekolah seperti pengaliran murid mengikut pencapaian. Selain itu, pihak berkuasa yang terlalu menekankan peperiksaan juga menyumbang berlakunya disiplin murid sekolah sekiranya dilihat pada aspek persekitaran sekolah. Antara yang lain ialah bentuk dan struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru yang terlalu menekan murid-murid menyebabkan masalah disiplin berlaku. Guru-guru yang melabelkan sesetengah muridnya seperti murid yang bodoh dan malas akan menyebabkan motivasi murid menurun dan jatuh. Murid-murid yang rendah motivasinya lebih cenderung untuk melakukan masalah disiplin. Murid-murid yang kecewa pula akan mencuba mendapatkan perhatian guru dengan cara menimbulkan kenakalan, merosakkan harta benda sekolah serta menganggu rakan-rakan lain. Namun, Persekitaran sekolah seperti bilangan murid yang terlampau ramai secara tidak langsung juga mewujudkan suasana yang membenarkan berlakunya masalah disiplin. Bilangan murid yang ramai menyukarkan pengawalan murid.

Disamping itu, masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah berpunca daripada keadaan fizikal bilik darjah atau kelas yang tidak selesa dan tidak teratur. Keadaan fizikal bilik darjah yang terlalu panas dan terlalu sesak boleh mendorong timbulnya masalah disiplin. Selain itu, pengcahayaan yang tidak cukup seperti bilik yang gelap, dan cahaya yang tidak mengcukupi turut menyebabkan berlakunya masalah disiplin. Berdasarkan situasi dan kedaan ini, murid mudah mengantuk dan sukar memberi tumpuan kepada proses pembelajaran dan pengajaran yang guru berikan. Sekiranya mereka tidak selesa dengan kerusi dan meja yang kurang sesuai, maka kesempatan untuk menimbulkan masalah disiplin akan diwujudkan.

Punca yang seterusnya ialah latar belakang murid. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membentuk anak-anak walaupun mereka mendapat pendidikan di sekolah. Ibu bapa zaman sekarang kebanyakkan mementingkan pekerjaan atau wang. Kadangkala ada anak-anak lebih rapat dengan pembantu rumah daripada ibu bapa mereka sendiri. Tindakan mereka ini menyebabkan perhatian terhadap anak-anak terabai. Masalah keluarga sering kali dibawa ke sekolah oleh anak-anak atau murid-murid. Selain itu, ibu bapa yang kurang memberi didikan agama dan moral kepada anak-anak menyebabkan murid berani melakukan kesalahan tanpa ditegur dan dimarahi oleh ahli keluarga. Kebanyakkan murid bermasalah sering mengalami masalah keluarga. Murid ini akan melepaskan tekanan di sekolah seperti merosakkan harta benda sekolah, bergaduh, ponteng kelas dan sekolah serta melanggar peraturan yang lain.

Konflik dalam keluarga,penceraian atau kehadiran adik baharu di rumah boleh mengganggu emosi kanak-kanak jika perubahan ini tidak diurus dengan baik. Perasaan kerisauan,marah atau kecewa yang terpendam akan dibawa ke sekolah. Masalah emosi ini muncul melalui tingkah laku murid tersebut, misalnya perasaan marah terhadap ibu disalurkan kepada guru wanita di dalam bilik darjah.

Sesetengah ibu bapa bersikap sangat tegas terhadap anak-anak mereka. Ada pula yang jarang menunjukkan kasih sayang, misalnya tidak memegang tangan atau memeluk anak mereka. Murid yang kurang mendapat kasih sayang atau perhatian di rumah akan cuba mendapatkannya daripada guru dan rakan sebaya.

 

TAJUK 5 : JENIS-JENIS MASALAH DISIPLIN


KUMPULAN A
SOALAN :
Jelaskan jenis-jenis masalah disiplin di sekolah.
JAWAPAN :
            Disiplin boleh didefinisikan sebagai latihan yang  bertujuan untuk membentuk tingkah laku seseorang. Disiplin ini sangat berkait rapat dengan tingkah laku seseorang di mana seorang guru akan menggunakan pelbagai kaedah untuk membentuk dan mengurus tingkah laku pelajar ketika berada di sekolah. Disiplin juga dikaitkan dengan unsur kepatuhan di mana seorang murid akan memtuhi peraturan ketika di mana sahaja mereka berada. Sebagai contoh ketika berada di perpustakaan tidak dibenarkan untuk membuat bising. Murid yang mempunyai nilai moral yang tinggi dalam dirinya akan mematuhi peraturan jika sebalik nya maka murid tersebut harus diberi perhatian yang lebih. Sekolah merupakan satu medium yang sangat baik untuk dijadikan tempat latihan seorang pelajar untuk menjadi lebih berdisiplin. Hal ini disebabkan, seorang pelajar mula mengenal dunia sejak dari awal mereka berada di sekolah.

Di sekolah jugalah murid mula mengenal masalah disiplin. Malah disiplin terdapat pelbagai jenis. Antaranya ialah Destruktif bermaksud jenis masalah disiplin yang menghancurkan atau memusnahkan harta benda. Sebagai contoh masalah disiplin jenis destruktif ialah bertumbuk, vandalisme, dan melawan guru atau rakan. Kes disiplin destruktif ini telah wujud dari dulu lagi tetapi, murid yang melakukan kesalahan jenis ini sangat sedikit juka dibandingkan dengan masa sekarang. Pelajar zaman sekarang lebih berani untuk melakukan maslah disiplin. Hal ini dapat dibuktikan melalui statistik masalah disiplin yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di mana statistik masalah disiplin pelajar sekolah semakin meningkat setiap tahun.

      Pada masa kini, lebih ramai pelajar yang melakukan masalah disiplin yang berbentuk destruktif kerana dipengaruhi oleh pelbagai sumber. Pelajar cenderung untuk melakukan perkara seperti vandalisme dan bertumbuk kerana jika mereka dimasukkan ke unit disiplin, dan diambil tindakan disiplin, ibu bapa akan membela anak mereka dan tidak membenarkan tindakan disiplin diambil. Jika pihak sekolah bertindak untuk mengambil tindakan disiplin kepada pelajar ibu bapa akan marah dan bertindak ganas dengan guru. Oleh sebab itu guru pada masa sekarang takut untuk mengambil ataupun menegur pelajar jika melakukan kesalahan disiplin.

      Antara masalah disiplin jenis destruktif yang sering dilakukan oleh pelajar sekolah ialah mencuri. Mencuri bermaksud mengambil hak orang lain tanpa pengetahuan tuannya. Skegiatan ini sangat sukar untuk dibendung kerana ianya merupakan sifat intrinstik seorang individu. Kebanyakan pelajar sekolah sering mengambil harta benda rakan mereka seperti pensel, pemadam, buku latihan, buku teks, duit, dan bekas air. Walaupun barang yang diambil kelihatan benda yang tidak berharga namun jika kanak-kanak yang terbiasa mengambil hak orang lain akan terbawa-bawa sehingga dewasa. Oleh itu, kegiatan mencuri dalam kalangan pelajar sekolah tidak patut wujud.

      Kegiatan mengugut juga merupakan satu kesalahan disiplin yang serius. Pelajar pada masa kini lebih berani untuk mengugut rakan mereka untuk meminta wang dan sebagai tanda kekuatan mereka. Kebanyakan pelajar yang diugut, takut untuk mengadu kepada guru dan ibu bapa kerana khuatir akan dipukul oleh rakan yang mengugut mereka. Perbuatan mengugut ini akan mengakibatkan mangsa yang diugut takut untuk pergi ke sekolah dan akan membuat pelbagai alasan untuk pergi ke sekolah.

      Selain itu, pelajar pada masa kini juga telah terdedah dengan pelbagai kegiatan dan juga perkataan yang lucah dan sering mereka gunakan dalam bahasa komunikasi mereka. Penggunaan bahasa lucah bukanlah satu identiti yang mulia dan sopan sebagai seorang rakyat Malaysia yang terkenal dengan kesantunan bahasa. Murid sering menggunakan perkataan lucah apabila bercakap dengan guru apabila mereka berasa berang. Yang lebih menyedihkan, pelajar sekolah sudah berani untuk membawa gambar ataupun video lucah untuk dikongsikan bersama rakan mereka di sekolah. Tabiat buruk pelajar pada masa kini haruslah dibuang jauh agar generasi akan datang lebih berhati-hati dengan penggunaan bahasa dan bahan hiburan yang menjadi permainan pada masa akan datang.

      Ponteng sekolah bermaksud tidak menghadirkan diri kesekolah tanpa sebab yang munasabah dan ianya merupakan satu gejala disiplin yang timbul sejak dulu lagi. Gejala ini amat sukar dibendung kerana sifat malas seorang murid ke sekolah sememangnya sudah menjadi tabiat pelajar sekolah. Namun, hal ini tetap membimbangkan kerana kebanyakan murid yang ponteng akan terlibat dengan gejala yang kurang sihat seperti melepak dan menghidu gam. Jika dibiarkan tentukan masa depan pelajar yang ponteng tidak akan ke mana.

      Kesimpulannya, masalah disiplin jenis destruktif ini dapat dibendung sekiranya terdapat kerjasama antara ibu bapa dan pihak sekolah. Jika satu pihak sahaja yang berusaha untuk menghapuskan gejala disiplin yang ada disekolah dan boleh merosakkan diri pelajar.

Masalah disiplin jenis distruptif ini bermaksud satu tindakan yangmengganggu, mengacau, atau mengendalakan aktiviti P&P. Masalah disiplin distruptif ini jika dibandingkan tidak seteruk masalah disiplin destruktif tetapi jika dibiarkan ianya juga boleh menjadi kes yang berat dan boleh menjejaskan prestasi pelajar di sekolah.

            Terdapat banyak jenis masalah disiplin disruptif iaitu melepak, keluar kelas tanpa pengetahuan guru, lewat masuk kelas, tidak membawa buku, dan biadab terhadap guru. Murid yang kurang memberi perhatian ketika  berada di dalam kelas dan akan melakukan perkara yang membuatkannya terhibur seperti makan, mengganggu rakan dan bercerita. Hal ini akan mebuat pembelajaran pada hari tersebut akan terganggu. Selain membuatkan kelas terganggu, pelajar yang kurang memberi perhatian semasa guru mengajar akan ketinggalan dalam mata pelajaran yang diajar dan prestasi akademik juga akan terjejas.

Masalah kekemasan diri juga termasuk dalam masalah disiplin yang serius. Kebanyakan pelajar sekarang terpengaruh dengan fesyen-fesyen terkini. Mereka tidak gemar untuk memakai pakaian lengkap rasmi sekolah kerana bagi mereka tidak mengikut fesyen terkini. Masalah kekemasan diri yang sering pelajar lakukan di sekolah ialah tidak memakai lencana sekolah. Tidak memakai lencana sekolah akan menyebabkan identity pelajar tersebut tidak diketahui oleh orang ramai jika berlaku kecelakaan seperti kemalangan jalan raya.

            Kedua ialah pelajar perempuan yang memakai baju yang nipis yang menampakkan bentuk tubuh badan. Tidak dinafikan mereka masih di bawah umur tetapi untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku perkara ini haruslah diambil berat untuk menjaga keselamatan pelajar.

Masalah kekemasan diri ini haruslah diambil berat sebagai lambang jati diri seorang pelajar dan sebagai identiti rakyat Malaysia yang sopan santun.

 

TAJUK 2 : PENGURUSAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

KUMPULAN C

SOALAN :

Cikgu Imran merupakan seorang guru yang baru ditempatkan disebuah sekolah yang terpencil. Beliau menghadapi masalah dalam menyediakan persekitaran fizikal bilik darjah, suasana sosial, mengawal emosi murid serta peraturan dan rutin yang dilaksanakan. Bagaimanakah beliau menangani masalah tersebut berdasarkan aspek-aspek fizikal bilik darjah yang kondusif.

JAWAPAN :

Perkara yang perlu dititikberatkan oleh cikgu Imran dalam menangani masalah penyediaan persekitaran fizikal bilik darjah ialah memastikan peralatan asas dalam bilik darjah mencukupi, susunan meja dan kerusi sistematik, papan kenyataan yang lengkap, kemenjadian murid dan persediaan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Pertama, memastikan bilik darjah yang mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari yang diahiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan.

Kedua, susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Murid mudah berintraksi sesama mereka dan mudah berintraksi dengan guru. Bilik darjah yang berukuran 7 meter x 9 meter boleh memuatkan 40 orang murid. Cahaya yang mencukupi dan pintu dan tingkap yang terbuka yang membolehkan pengedaran udara yang secukupnya.

Ketiga ialah papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan, kata-kata motivasi, termasuk kemudahan penggunaan laman web, komputer dan CD dan LCD sehingga melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif. Hasilnya terjelma suasana yang harmonis, ceria, dan semangat kepada murid dan guru untuk berada lebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah sendiri, wujudnya perasaan saling berkerjasama dan kekitaan dan semangat berdikari, iaitu bersama berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif.

Seterusnya, perkara yang perlu dititikberatkan ialah kemenjadian murid. Murid sebagai sumber manusia yang akan dijelmakan menjadi murid yang berpengetahuan, berkemahiran dan berketrampilan memerlukan pengurusan dan perancangan strategik yang berkesan. Guru berperanan sebagai pencetus idea, pembimbing, fasilitator bagi melahirkan suasana pembelajaran yang mencakupi semua bidang kemahiran sebagai sumber kepada pembinaan modal insan. Suasana pembelajaran yang kondusif, menyeronokkan, bermotivasi, bermoral, kreatif, menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus. Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif, bermakna guru telah berjaya membentuk budaya berdisiplin, kerjasama, sayang kepada keindahan alam sekitar, mematuhi setiap arahan, kehidupan berkualiti yang melambangkan sebahagian daripada iman.

Akhir sekali, persediaan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan merupakan sebahagian daripada pengurusan bilik darjah dinamik. Persediaan yang merangkum pelbagai alatan dan bahan untuk kegunaan guru dan murid. Ada kalanya murid tidak memberi perhatian atau berkelakuan di luar daripada nilai-nilai murni yang hendak digarap boleh dilihat berpunca daripada tidak terdapat kesinambungan dalam pelajaran disebabkan persediaan guru dari aspek bahan, peralatan, pengetahuan dan kemahiran yang kurang mantap.

 

 

 

TAJUK 2 : PENGURUSAN PENTAKSIRAN DALAM BILIK DARJAH

KUMPULAN C

SOALAN :

Pendaftaran murid-murid Tahun 1 baru saja berlangsung. Sebagai seorang guru, Cikgu Azreen perlu menyediakan pelan pengurusan bilik darjah yang kondusif. Pelan tersebut perlu mengandungi komponen-komponen persekitaran fizikal, pencegahan dan sokongan.

Bincangkan.
 
JAWAPAN :

Pelan perancangan pengurusan bilik darjah mempunyai tiga langkah iaitu rancang, susundan praktis. Bagi langkah rancang, guru perlu menentukan corak pengajaran rutin,peraturan dan kata-kata aluan yang akan disampaikan kepada murid. Bagi langkah susun pula, setiap perancangan perlu disusun mengikut keutamaan dan kepentingan. Seterusnya, langkah praktis, apa sahaja perancangan yang dibuat memerlukan latihan dan keterangan. Guru mungkin perlu mengajar dan menunjukkan cara yang betul untuk melakukan sesuatu rutin. Atau guru harus memberikan penjelasan yang sistematik kepada murid tentang perkara yang perlu dilakukan.

Pelan tersebut perlu mengandungi komponen persekitaran fizikal iaitu melibatkan perancangan guru tentang ruang pembelajaran di dalam bilik darjah. Bagi langkah rancang, setelah guru mengenal pasti bilik darjah, guru perlu merancang susunan kerusi meja untuk menyokong pembelajaran dan aktiviti p&p dan cara guru menyusun kedudukan murid. Guru perlu memastikan pelan susunan fleksibel dan mengikut panduan yang telah diberikan. Guru perlu merancang ruang pembelajaran yang lain seperti carta pembelajaran, sudut membaca dan sudut pengayaan. Bagi setiap ruang, guru perlu memastikan cara untuk melibatkan murid supaya ruang dapat di manafaatkan sepenuhnya. Pastikan elemen-elemen seperti kebersihan, keselamatan, pengudaraan dan pencahayaan diambil kira. Bagi langkah susun, guru perlu menentukan perancangan mana yang perlu diberi tindakan segera. Contohnya,sistem pengudaraan dan pencahayaan yang tidak berfungsi mesti dibaiki sebelum murid memulakan proses persekolahan. Guru perlu menentukan perancangan mana yang ditetapkan oleh guru dan yang mana boleh dibincangkan dengan murid. Bagi langkah prakis, guru perlu memperkenalkan susunan bilik darjah dan susun atur kedudukan murid. Tunjukkan cara menyusun kerusi dan mengekalkan kebersihan kelas. Guru juga perlu menunjukkan cara penggunaan ruang pembelajaran dan cara menggunakan kemudahan di dalam bilik darjah. Guru boleh mendemonstrasikan cara yang betul untuk penjagaan ruang pembelajaran dengan betul.

Seterusnya ialah komponen pencegahan. Komponen pencegahan melibatkan prosedur pencegahan masalah daripada berlaku serta melibatkan rutin dan peraturan. Bagi langkah rancang, guru perlu membuat senarai rutin dan peraturan yang difikirkan terbaik untuk kelas. Tetapkan mana-mana rutin yang tetap dan yang boleh bertolak ansur. Guru perlu membayangkan senario bagaimana guru akan melatih murid menguasai rutin atau peraturan tersebut. Tuliskan langkah-langkah bagaimanakah untuk mengaplikasikan rutin tersebut. Bagi langkah susun, setiap rutin dan peraturan yang dirancang, disusun mengikut keutamaan. Tetapkan rutin dan peraturan yang menjadi kepentingan kepada murid dan guru. Bagi langkah praktis, guru perlu menjalankan latihan rutin yang telah dirancang kepada murid-murid mengikut langkah-langkah yang telah disusun. Tampal rutin dan peraturan yang telah dibincangkan. Tujuannya adalah untuk mengingat dan memotivasikan murid.

Akhir sekali ialah komponen sokongan. Komponen sokongan melibatkan sokongan yang diberikan oleh guru untuk memaksimumkan proses pembelajaran murid. Komponen ini melibatkan peneguhan yang diberi dan cara guru memotivasi murid. Bagi langkah rancang,guru perlu merancang cara-cara untuk mendidik murid menunjukkan tingkah laku yang sepatutnya. Fikirkan cara-cara untuk memotivasikan murid dengan bentuk peneguhan yang akan diberi. Guru boleh mulakan dengan motivasi ekstrinsik kemudian beransur kepada intrinsik. Guru perlu merancang cara-cara yang melibatkan murid dalam proses mengawal disiplin di dalam bilik darjah. Tentukan cara untuk berhubung dengan ibu bapa. Tetapkan situasi yang melibatkan ibu bapa. Bagi langkah susun, guru perlu menyusun corak sokongan mengikut susunn yang berkesan untuk dilaksanakan oleh guru. Bagi langkah praktis, guru perlu mulakan komponen sokongan seawal mungkin. Beritahu murid peneguhan yang akan diterima sekiranya mereka menunjukkan tingkah laku yang diingini. Pastikan strategi yang digunakan menyeluruh dan adil untuk semua murid.

 

 

TAJUK 1 : KONSEP PENGURUSAN BILIK DARJAH & CIRI-CIRI GURU EFEKTIF


KUMPULAN A

SOALAN 1 :
“Murid dan guru sudah menganggap bilik darjah sebagai rumah kedua mereka”.
Jelaskan konsep bilik darjah dan ciri-ciri guru yang efektif sesuai dengan era transformasi kini.

 Jawapan :
Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran merupakan tempat yang terpenting yang perlu ada pada sekolah. Ia juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru. Secara amnya, bilik darjah ialah bilik- bilik disekolah dimana sekumpulan murid atau pelajar mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru. Untuk konsep yang lebih luas, bilik darjah tidak semata- mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi mencakupi pelajar- pelajar dan guru yang belajar dan mengajar dan berinteraksi antara satu sama lain didalamnya.

Pengurusan Bilik Darjah merujuk kepada kebolehan guru mengawal murid bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.

Seperti yang kita tahu tugas sebagai guru bukan mudah. Hal ini kerana profesion ini memerlukan komitmen yang tinggi dalam menjaga, mendidik atau membimbing pelajar sehingga mereka mencapai kejayaan dan bersedia untuk menghadapi cabaran pada masa akan datang.

Antara ciri-ciri guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah, iaitu Kualiti Peribadi. Kualiti peribadi merujuk kepada seorang guru yang begitu proaktif, yakin dan sentiasa bersemangat sehingga mampu memotivasikan muridnya untuk belajar.

Guru yang peka dan sensitif akan keperluan muridnya, iaitu terhadap perbezaan cara  atau gaya pembelajaran mereka. Hal ini kerana tidak semua murid mampu menguasai pembelajaran yang diajar. Oleh itu, guru berperanan mengubah suai cara pengajaran nya mengikut kesesuaian agar peluang pembelajaran adalah untuk semua murid.
    Sikap guru yang peramah, mesra dan berusaha untuk mengenali muridnya. Sesungguhnya, murid yang berasa dirinya dikenali guru, akan menunjukkan tingkah laku yang positif. Hal ini disebabkan mereka berasa dihargai dan sebahagian daripada komuniti dalam bilik darjah. Guru yang memiliki sifat kasih-sayang, hormat-menghormati dan kemanusiaan yang tinggi