KUMPULAN E
SOALAN:
Fatimah seorang murid prasekolah yang baru mendaftar 2 bulan di prasekolah. Namun demikian, dia tidak mahu melibatkan diri dalam pembelajaran bersama kawan lain kerana kurang selesa dengan persekitaran baru. Apakah tindakan guru prasekolah tersebut untuk menarik perhatian Fatimah dalam aktiviti P&P?
JAWAPAN:
Definisi untuk dinamika
bilik darjah ialah kuasa yang menyebabkan pergerakan, manakala maksud dinamika
kumpulan ialah kuasa yang terdapat dalam kumpulan yang boleh mendorong ahli
kumpulan untuk melakukan sesuatu perubahan.
Cara yang pertama
yang boleh guru ambil untuk menangani masalah Fatimah ialah guru haruslah
mengenal pasti bentuk dinamika kumpulan dalam bilik darjahnya. Guru perlu bijak
mengagihkan aktiviti dan peraturan bilik darjah yang melibatkan semua murid. Faktor
yang mempengaruhi pembentukan dinamika kumpulan, seperti jantina, bangsa,
status sosioekonomi, pencapaian akademik, personaliti dan gaya pembelajaran
harus dititikberatkan oleh guru. Pembentukan dinamika kumpulan yang sesuai akan
menyenangkan hati Fatimah.
Cara yang kedua ialah
guru harus memberi perhatian yang lebih kepada Fatimah. Fatimah yang diambil berat oleh guru tidak
akan berasa dirinya tersingkir dalam persekitaran itu. Guru
perlu membimbing murid lain cuba menerima Fatimah serta membantunya
menyesuaikan diri di dalam bilik darjah.
Selain itu, guru
boleh menggunakan kuasa penularan supaya tingkah laku yang diingini dijadikan
model kepada Fatimah. Guru perlu bijak menggunakan pengaruh murid yang berupaya
mempengaruhi/ memimpin Fatimah.Murid berkenaan akan menjadi pembantu guru untuk
menggalakkan Fatimah melibatkan diri dalam pelbagai akiviti. Hal ini dapat
membantu Fatimah melibatkan diri dalam persekitaran bilik darjah itu.
Sehubungan dengan
itu, guru boleh membimbing kumpulan membentuk ciri-ciri yang diinginkan dan
membawa kebaikan kepada ahli. Guru boleh mengagihkan Fatimah dalam kumpulan
yang sesuai. Di situ, guru perlu bimbing dan bincang dengan kumpulan Fatimah
untuk menerapkan ciri-ciri yang boleh membawa peningkatan diri Fatimah.
Perkongsian masalah Fatimah dalam kumpulan dapat membimbingnya ke arah
penyelesaian masalah yang berkesan.
Cara terakhir ialah guru
bertindak sebagai ketua kumpulan dinamika bilik darjahnya. Guru harus menjadi
model yang boleh diikuti oleh Fatimah. Guru juga berkuasa untuk bertindak
mengerakkan Fatimah menyertai aktiviti kumpulan serta mempengaruhi Fatimah ke
arah tingkah laku yang diinginkan.
No comments:
Post a Comment