KUMPULAN D
SOALAN :
Cikgu Rosli merupakan guru kelas bagi pelajar tahun 5.
Beliau menghadapi masalah dalam menangani pelajar yang ponteng kelas. Nyatakan
peranan beliau sebagai seorang guru kelas serta tindakan efektif yang perlu
diambil dalam menangani masalah ini supaya tidak berlarutan.
JAWAPAN :
Profesion sebagai seorang guru tidak akan terkecuali
daripada masalah disiplin dalam bilik darjah. Masalah disiplin pelajar
merupakan masalah terbesar di sekolah yang perlu ditangani oleh para guru.
Justeru itu, guru memainkan peranan yang sangat penting dalam menguruskan
masalah disiplin dalam bilik darjah.
Guru
mestilah menerima setiap pelajar tanpa meletakkan sebarang syarat. Guru harus
bersikap terbuka dan memandang positif pada semua pelajar. Setiap pelajar itu
dikurniakan keunikan dan keistimewaan masing-masing. Dengan itu, guru harus
beranggapan bahawa semua pelajar mampu berubah bagi mencapai kemajuan. Pelajar
harud diberi peluang dan celik akal yang sewajarnya. Guru harus menyemai sikap
tak pilih kasih. Harus sentiasa bersedia mendengar dan menerima pandangan semua
pelajar dengan hormat. Sikap guru berhubung dengan pelajar secara lebih tidak
formal perlu ditekankan sebagai lambing guru menerima pelajar secara terbuka.
Guru harus memberi peluang kepada pelajar untuk bercakap. Guru seharusnya
mengelakkan diri daripada membuat penilaian pada pelajar secara melulu.
Seterusnya,
guru mewujudkan hubungan yang mesra. Perhubungan mesra di antara guru dan
pelajar sangat penting bagi menjana proses pengawalan emosi dalam kalangan
pelajar. Raut muka dan reaksi guru menjadi perkara utama untuk menampakkan
kemesraan kerana muka guru yang ceria lebih menggalakkan penglibatan
pelajarnya. Guru mestilah menunjukkan sikap mengambil berat dan memberi
perhatian kepada semua pelajarnya. Untuk menimbulkan kemesraan, guru harus
mewujudkan unsur jenaka dan bergurau supaya situasi pembelajaran lebih
menyeronokkan. Jika tidak wujud hubungan mesra ini, pelajar tidak akan berani
untuk memberi respon atau menyatakan perasaan sama ada meluahkan masalahnya
atau menyatakan idea.
Selain
itu, guru harus mempunyai sikap empati iaitu memahami diri orang lain seperti
merasa, mengalami dan menyelami situasi tersebut. Sehubungan dengan itu,
perlunya daya kemahiran mendengar. Guru perlu mengambil berat perkara yang
dicerita dan peka dengan gaya pelajar meluahkannya. Untuk itu, unsur
kepercayaan antara guru dan pelajar sangat penting. Hal ini kerana memudahkan
guru untuk meneroka maklumat peribadi pelajar. Juga untuk mengurangkan rasa
cemas dan perasaan malu dalam diri pelajar.
Guru
juga harus mencari alternatif untuk pelajar. Maksudnya, guru membantu pelajar
mencari pilihan-pilihan jawapan kepada permasalahan yang berlaku. Pelajar perlu
mengenalpasti alternatif yang sesuai dan bertindak pada pilihan mereka itu.
Dalam pada itu, guru perlu sedar setiap pelajar ada pengalaman yang berbagai
yang dapat bantu mereka menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Guru perlu
mahir membuat tafsiran dan bantu pelajar banyakkan pilihan secara lebih
berkesan. Guru juga perlu ada pengetahuan yang luas supaya dapat memberi
pilihan pada permasalahan pelajar.
Seterusnya,
guru sebagai model dan agen perubahan. Peniruan adalah cara belajar yang paling
berkesan. Guru lazimnya menjadi fokus untuk diterima oleh semua pelajarnya.
Guru perlu ada kemahiran menjadi model kepada pelajar. Tindak tanduk guru yang
baik boleh dicontohi pelajar seperti pengurusan emosi, cara berkomunikasi dan
sifat kemesraan. Guru harus timbulkan rasa kagum dalam diri pelajar supaya
pelajar boleh meniru nilai-nilai yang positif. Lazimnya, pelajar beranggapan
guru adalah orang yang bijak dalam segala hal. Contohnya, cara menyelesaikan
masalah serta proses merancang dan menguruskan urusan.
Terdapat
beberapa tindakan yang boleh diaplikasikan oleh guru dalam menangani masalah
disiplin pelajar. Guru harus memberi amaran atau nasihat kepada pelajar yang
melanggar disiplin sekolah. Jika kes melanggar disiplin adalah ringan, guru
boleh menghukum pelajar dengan menyuruhnya berdiri atau mengasingkannya
daripada rakan-rakan lain. Andai melibatkan kes berat, guru hendaklah
menghantar pelajar berkenaan kepada guru besar untuk diberi nasihat atau
hukuman yang sewajarnya. Guru boleh mengambil panduan daripada hierarki pembetulan
tindakan Cater. Rujuk pada rajah di bawah.
Dalam
menangani masalah disiplin pelajar, guru harus mengikut tatacara yang betul
untuk memastikan tindakan yang diambil rasional dengan masalah yang berlaku.
Sekiranya masalah disiplin berlaku, guru hendaklah mengkaji masalah tersebut
secara objektif dan janganlah mengambil tindakan terburu-buru. Tambahan lagi,
elakkan diri daripada nafsu marah dan wujudkan suasana tenang semasa mencari
punca masalah yang timbul. Seterusnya, berikan peluang kepada pelajar membuat
penjelasan dan cuba memahami perasaan pelajar yang melanggar disiplin itu.
Selepas mambuat kajian. Jika pelajar didapati bersalah, guru hendaklah memberi
nasihat supaya pelajar itu sedar akan kesalahannya dan mengubah kelakuannya.
Jika pelajar mengulang kembali kesalahannya, guru boleh merujuk kes disiplin
itu kepada guru disiplin atau guru bimbingan dan kaunseling untuk mengambil
tindakan yang sewajarnya. Jika masalah disiplin yang berlaku berkaitan kes-kes
berat, guru hendaklah melaporkannya kepada guru besar dengan serta-merta.