BY : KUMPULAN B
SOALAN:
Cikgu
Aini mendapati beberapa orang murid dalam kelasnya yang menghadapi masalah
pembelajaran yang menunjukkan ciri-ciri seperti kesilapan menterbalikkan
perkataan atau huruf. Bagaimanakah cara Cikgu Aini mengatasi masalah tersebut?
JAWAPAN :
Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu
kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik
pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini
bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya,
sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan.
Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi
seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata
sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak.
Seperti yang kita tahu, kanak-kanak Disleksia ini boleh
dirawat. Mereka memerlukan keperluan khas berbanding dengan kanak-kanak normal
yang lain. Satu cara yang paling asas dalam membantu kanak-kanak disleksia ialah
perlu adanya komunikasi dan pemahaman yang sama mengenai Disleksia antara
ibu bapa, guru dan masyarakat. Hal ini kerana jika dilihat dalam zaman
permodenan pada hari ini, ada diantara ibu bapa yang berpelajaran tinggi tidak
dapat menerima kenyataan bahawa anak mereka menghidap Disleksia. Begitu juga
dengan mentaliti masyarakat umum yang mahukan anak-anak mereka menjadi seorang
yang bijak pandai agar dapat menjadi manusia yang berjaya apabila dewasa kelak.
Ibubapa juga seolah-olah putus asa dan tidak dapat menerima kenyataan. Oleh
itu, Cikgu Aini harus meningkatkan pemahaman tentang apa itu Disleksia dalam
kalangan ibubapa dan masyarakat.
Cikgu Aini harus memastikan yang kanak-kanak disleksia
diletakkan ditempat duduk paling hadapan apabila seisi pengajaran dan
pembelajaran dilakukan. Ia adalah
kerana apabila kanak-kanak ini
diletakkan ditempat duduk paling hadapan, mereka akan lebih fokus terhadap
proses pembelajaran.
Cikgu Aini haruslah sentiasa mengawasi dan mendekati
kanak-kanak disleksia ini ketika diberikan tugas. Contohnya, Cikgu Aini meminta
dibuka halaman 15. Pastikan kanak-kanak disleksia ini tidak tertukar dengan
membuka halaman lain, misalnya halaman 51.
Cikgu Aini juga haruslah dapat bertoleransi dengan
kanak-kanak disleksia ketika menyalin soalan di papan tulis. Mereka perlu
diberikan masa yang lebih banyak untuk menyiapkan latihan. Selain itu, Cikgu
Aini dapat memberikan soalan dalam bentuk tertulis di dalam kertas.
Kanak-kanak disleksia yang sudah menunjukkkan usaha keras
untuk berlatih dan belajar haruslah diberikan penghargaan yang sesuai seperti
hadiah dan memuji hasil kerja mereka oleh Cikgu Aini. Tidak lupa juga proses
pembelajarannya perlu diselang-selikan dengan waktu istirahat yang cukup.
Cikgu Aini perlu melatih dan memerhatikan kanak-kanak
disleksia ini menulis tulisan titik-titik sambung sambil memperhatikan cara
kanak-kanak ini duduk dan memegang pensilnya. Tulisan titik-titik sambung
memudahkan mereka membezakan antara huruf yang hampir sama contohnya ‘b’ dengan
‘d’. Murid harus diperlihatkan terlebih dahulu cara menulis huruf titik-titik
sambung karena kemahiran tersebut tidak dapat diperoleh begitu saja.
Pembentukan huruf yang betul sangatlah penting dan kanak-kanak ini harus
dilatih menulis huruf-huruf yang hampir sama berulang kali. Contohnya
huruf-huruf dengan bentuk bulat: “g, c, o, d, a, s, q”, bentuk zig zag: “k, v,
x, z”, bentuk linear: “j, t, l, u, y”, dan bentuk hampir serupa: “r, n, m, h”.
Cikgu Aini perlu melakukan pendekatan yang berbeza ketika
belajar matematik dengan kanak-kanak disleksia, kebanyakan mereka lebih senang
menggunakan sistem belajar yang praktikal. Selain itu kita juga perlu menyedari
bahawa kanak-kanak disleksia mempunyai cara yang berbeza dalam menyelesaikan
sesuatu soalan matematik. Oleh itu,kita tidak boleh memaksa kanak-kanak
disleksia ini membuat cara penyelesaian yang klasik jika cara tersebut sukar
diterima oleh mereka.
Dari aspek emosi pula kanak-kanak disleksia ini menjadi
sangat sensitif, terutama sekali jika mereka merasakan bahawa mereka berbeza
berbanding teman-temannya dan mendapat perhatian yang berbeza dari gurunya.
Lebih buruk lagi jika prestasi akademik mereka menjadi semakin buruk akibat
taraf perbezaan yang diberikan oleh guru. Keadaan ini akan menyebabkan
kanak-kanak disleksia ini menjadi individu yang mempunyai konsep kendiri yang
rendah. Jika hal ini tidak segera diatasi maka akan terus bertambah parah
dan menyulitkan lagi proses terapi selanjutnya. Jadi Cikgu Aini sebagai orang
terdekat harus membangkitkan semangatnya, memberikan motivasi dan menyokong
setiap langkah usaha yang ditunjukkan oleh kanak-kanak disleksia
No comments:
Post a Comment