BY : KUMPULAN B
SOALAN:
Cikgu uthaya
mendapati bahawa murid-murid kelasnya sentiasa mengganggu proses pengajaran dan
pembelajarannya. Mereka menjerit dalam kelas dan bercakap semasa guru mengajar.
Selain itu mereka juga tidak menghantar kerja rumah. Berdasarkan prinsip-prinsip
disiplin asertif, bagaimanakah Gikgu Uthaya mengaplikasikan prinsip-prinsip
tersebut untuk mengubah tingkah laku pelajar-pelajar tersebut.
JAWAPAN:
Model Disiplin Asertif telah dipelopori oleh
Lee and Marlene Canter pada tahun 1976. Model ini melatih murid-murid untuk
menerima konsekuen bagi tindakan mereka. Model ini mempunyai beberapa prinsip
tersendiri.
Antara langkah yang perlu diambil oleh Cikgu
Uthaya dalam mengaplikasikan prinsip-prinsip Asertif bagi mengubah tingkah laku
para pelajarnya adalah dengan menunjukkan sifat asertif atau tegas ketika mengawal kelas. Hal ini
kerana Ketegasan yang ditunjukkan oleh seorang guru mampu mewujudkan rasa
hormat dan takut dalam diri para pelajar terhadap seseorang guru seterusnya
menjadikan mereka dapat mengikuti dan mematuhi arahan yang diberikan dengan
mudah tanpa memberi seribu satu alasan. Apabila seorang guru mampu menunjukkan
ketegasan semasa mengawal kelas, maka para pelajar akan berasa takut untuk
melakukan sebarang kesalahan disiplin atau bermain-main semasa belajar.
Sebagai seorang guru, cikgu Uthaya juga
perlu memberi pengukuhan kepada kepara
pelajar bagi tindakan yang wajar. Beliau perlu menegur sikap kurang sopan atau
kesalahan tingkah laku yang ditunjukkan oleh para pelajar serta menasihati
mereka dan memberikan penjelasan tentang sikap yang sepatutnya ditunjukkan oleh
mereka. Selain itu murid-murid perlu diceritakan tentang keburukan kesalahan
tingkah laku yang telah ditunjukkan.
Seterusnya,cikgu Uthaya perlu menentukan
peraturan dalam bilik darjah tersebut. Sebagai seorang guru, Cikgu Uthaya
berkuasa menentukan peraturan dalam bilik darjah selagi ianya tidak
bertentangan dengan peraturan sekolah. Langkah ini adalah bertujuan bagi
memastikan para pelajar sentiasa berdisiplin semasa berada di kawasan sekolah
lebih –lebih lagi semasa berada di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah. Selain itu, langkah ini juga mampu mengelakkan salah laku pelajar
dalam bilik darjah. Kesalahan ringan yang sering dipandang remeh oleh setiap
murid mampu diatasi dengan adanya peraturan dalam bilik darjah. Apabila para
pelajar menjadi berdisiplin, maka proses pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah akan berjalan dengan lancer dan berkesan apabila tiada lagi
gangguan yang dilakukan oleh para pelajar. Dengan ini, guru dapat menyampaikan
pengajaran dengan baik dan para pelajar dapat pula menguasai pembelajaran
dengan berkesan. Maka wujudlah pelajar yang cemerlang dan berdisiplin.
Malah Cikgu Uthaya juga boleh menggunakan
system ganjaran dan dendaan bagi mengubah tingkah laku para pelajar yang nakal
agar mereka lebih patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan. System ganjaran
mampu menimbulkan minat murid-murid untuk menunjukkan tingkah laku yang baik
apabila mereka menerima ganjaran daripada guru diatas sikap baik yang
ditunjukkan. System ganjaran ini juga mampu merapatkan hubungan antara murid
dengan guru . hal ini kerana kanak-kanak sememangnya suka diberi hadiah atau
barang-barang samaada makanan,pakaian,mainan dan sebagainya.Manakala system
dendaan pula mampu meninbulkan rasa takut dalam diri para pelajar untuk membuat
salah laku di sekolah
Bagi mengubah tingkah laku para pelajar,cikgu
utahaya perlu menjelaskan akibat negatif tidak mematuhi peraturan bilik darjah.
Seorang pelajar kadang kala melakukan kesalahan tanpa mengetahui kesan tindakan
tersebut kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain. Namun begitu, sebagai
seorang guru yang baik dan prihatin, cikgu Uthaya perlu menjelaskan akibat
buruk daripada kesalahan tingkah laku yang telah dilakukan oelh mereka. Langkah
ini bertujuan untuk memberi nasihat dan menimbulkan kesedaran mereka terhadap
kesalahan yang dilakukan tanpa memberi sebarang hukuman fizikal kepada mereka.
Selain itu, langkah ini merupakan teknik yang betul dan berkesan bagi menegur
para pelajar yang melakukan kesalahan agar mereka tidak memberontak sekiranya
menggunakan kekerasan untuk menegur kesilapan mereka. Contohnya,seorang pelajar
yang terpaksa menjaga bapanya yang terlantar sakit di hospital dirotan kerana
tidak menyiapkan kerja rumah tanpa
ditanyakan alasannya oleh guru kepada pelajar tersebut akan menyebabkan lama
kelamaan pelajar akan menjadi degil dan “liar” kerana tertekan dengan sikap
guru yang cepat menghukum tanpa usul periksa.
Bagi mengubah tingkah laku para pelajar kearah
yang lebih baik, Cikgu Utahaya perlu menentukan akibat positif untuk tingkah
laku yang sesuai. Sebagai contoh, guru memuji murid yang rajin menyiapkan kerja
sekolah dengan memberitahu bahawa sikpanya itu mampu menjadikan dia sebagai seorang
pelajar yang bijak dan cemerlang. Dan mungkin suatu hari nanti dia mampu
melanjutkan pelajaran ke university dan seterusnya mendapat pekerjaan yang
hebat seterusnya mampumemiliki rumah dan kereta yang besar. Langkah ini mampu
meningkatkan semangat pelajar untuk terus melakukan kebaikan dan rajin dalam menuntut ilmu.
No comments:
Post a Comment