Friday, 28 February 2014
TAJUK 6 : PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH (INTERVENSI DALAM MENANGANI MASALAH DISIPLIN)
KUMPULAN A
SOALAN :
Cikgu zakiah menghadapi masalah dalam pengurusan bilik darjah. Memandangkan kelas tersebut mempunyai masalah displin yang teruk, akibatnya beliau sering naik marah dengan pelajarnya. Berdasarkan apa yang anda pelajar tentang intervensi dalam menangani masalah displin, cadangkan bagaimana anda boleh membantu cikgu zakiah.
JAWAPAN:
Cikgu zakiah boleh menggunakan pelbagai intervensi dalam menangani masalah displin pelajar. Antara intervensi yang boleh digunakan ialah pastoral care, bimbingan dan kaunseling, etika kaunseling,kemahiran asas kaunseling, program pembimbing rakan sebaya dan teknik modifikasi tingkah laku.
Pastoral care merupakan satu bentuk bimbingan yang diberikan oleh guru untuk menjaga kebajikan murid-muridnya. Bentuk bimbingan ini meliputi bidang dan isu yang luas seperti kesihatan, sosial, pendidikan agama dan moral, pengurusan tingkah laku dan sokongan emosi murid. Murid diberikan pendidikan yang menyeluruh serta berfokus kepada pembangunan diri dan disiplin kendiri.Fokus kepada pendekatan berpusatkan murid secara individu, memotivasikan murid untuk mempunyai inisiatif dan inovasi untuk medapatkan hasil yang maksimum di dalam aktiviti pembelajaran. Penerapan nilai murni merentasi kurikulum. Dengan ini cikgu zakiah dapat memahami masalah pelajar serta dapat bimbing mereka ke arah positif.
Bimbingan merupakan suatu proses yang dirancang oleh guru-guru untuk membantu murid-muridnya mengetahui dan menyedari tentang kebolehan dan kelemahan diri serta membantu murid membuat penyesuaian dengan persekitaran. Kaunseling merupakan satu proses di mana guru kaunselor membantu murid memahami dirinya yang sebenar. Bimbingan dan kaunseling bukanlah satu khidmat atau proses yang berbentuk arahan atau penyelesaian masalah.Pembimbing atau kaunselor tidak membuat keputusan atau menyelesaikan masalah klien. Pembimbing atau kaunselor hanya membantu klien mengenal pasti kekurangan dan kekuatan diri untuk membuat keputusan sendiri. Dalam proses bimbingan, murid akan dibimbing untuk berubah kepada sikap yang lebih baik dan melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran menyelesaikan maslah dan membuat keputusan. Cikgu zakiah perlu mengenal potensi murid, membina kemahiran pengurusan diri, kemahiran penyelesaian masalah, pengurusan tingkah laku , memajukan diri murid, penilaian kendiri , prinsip bimbingan dan kaunseling untuk semua murid.
Etika bimbingan ialah menghormati murid dan tiada unsur diskriminasi. Guru melayan murid secara adil tanpa mengira perbezaan jantina, budaya bangsa dan agama. Sebelum sesi bimbingan, guru perlu menilai diri sendiri. Guru perlu menghindari tanggapan yang stereotaip terhadap murid berdasarkan jantina, bangsa atau latar belakang murid. Tanggapan negatif mempengaruhi hubungan murid dengan pembimbing. (berlaku ketidakadilan terhadap murid). Guru perlu melihat murid sebagai individu yang mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Kerahsiaan murid memastikan semua maklumat yang didapati semasa sesi bimbingan disimpan dan tidak disebarkan. Kerahsiaan adalah teras utama membina kepercayaan antara murid dengan pembimbing. Guru pembimbing perlu berhati-hati ketika berkomunikasi dengan guru lain. Semua maklumat murid adalah rahsia dan hanya boleh dikongsi dengan pihak tertentu dan tujuan tertentu. Pembimbing perlu sedar tentang batasan-batasan kepakaran mereka. Semasa proses membimbing, guru yang tidak mempunyai cukup keperluan dan kemahiran perlu merujuk guru lain yang lebih pakar dan berpengalaman. Pembimbing haruslah menambah ilmu sebagai pembimbing. (sertai kursus perkhidmatan berkaitan pengurusan tingkah laku dan kemahiran membimbing)
Kemahiran membimbing bermaksud kemahiran guru mendampingi dan membina hubungan dengan murid secara fizikal dan psikologi. Kemahiran bimbingan akan mempengaruhi keberkesanan sesi bimbingan. Asas kemahiran membimbing ada 4 iaitu kemahiran memberikan perhatian, kemahiran mendengar secara aktif, kemahiran berempati dan kemahiran menanyakan soalan. Kemahiran memberikan perhatian ialah memberi perhatian sepenuhnya kepada murid. Perhatian yang diberikan membuatkan murid rasa selamat, diterima dan dihormati.
Komponen dalam kemahiran memberikan perhatian ialah kedudukan semasa membimbing sebaik-baiknya berhadapan dengan murid. Jangan duduk terlalu jauh atau terlalu rapat.Kedudukan atau postur badan guru harus berada dalam keadaan relaks. Berpeluk tubuh, bersandar dan menyilang kaki menunjukkan guru kurang mengambil berat. Ekspresi muka menunjukkan sejauh mana guru berminat terhadap perkara yang disampaikan.Gunakan ekspresi muka yang sesuai sebagai maksud
anda memahami dan menghayati perkara yang disampaikan. Pastikan tentangan mata dengan murid sepanjang proses bimbingan. Renungan mata perlulah lembut dan bukan tajam. Renungan yang dalam dan berlebihan akan membuatkan murid tidak selesa. Sikap tenang menyebabkan murid akan berasa selesa.
Kemahiran mendengar dengan aktif ialah mendengar bagi mendapatkan maklumat dan memahami perkara yang cuba disampaikan oleh murid. Mesej yang disampaikan sama ada verbal/nonverbal. Mendengar dengan aktif memerlukan penghayatan dan perhatian. Kemahiran ini sukar dikendalikan oleh guru yang kurang pengalaman. Elemen utama semasa mendengar secara aktif ialah memerhati dan memahami kelakuan non verbal murid. Postur badan, pergerakan, ekspresi muka, intonasi suara, gerak balas fisiologi. (perlakuan nonverbal). Guru boleh memerhatikan perwatakan fizikal murid. (contoh: tinggi, berat, kekemasan) .Tingkah laku nonverbal akan meneguhkan maklumat verbal murid. Kadangkala perlakuan nonverbal bertentangan dengan penyampaian verbal.
Guru pembimbing perlu mendengar penerangan murid tentang perasaan, perlakuan dan pengalaman mereka.Tugas pembimbing adlah untuk membantu murid memahami dan mengenal pasti masalah yang dialami dengan jelas. Mendengar dan memahami murid di dalam konteks sebenar. Masalah murid berkait rapat dengan konteks atau persekitaran di manakah murid itu berada. Guru pembimbing perlu memahami siapakah murid anda dan bagaimanakah latar belakang sosial mereka. Jangan membuat andaian melulu dan membuat kesimpulan secara umum. Mendengar dan membaiki salah tanggapan murid. Setiap murid mempunyai tanggapan dan persepsi terhadap diri mereka, orang lain dan persekitaran mereka. Kadangkala persepsi murid terhadap diri dan persekitaran kurang tepat dan berbeza dengan situasi sebenar.
Melalui kemahiran berempati ini, guru dapat mengenali permasalahan utama murid. Peringkat-peringkat empati terbahagi kepada beberapa iaitu Peringkat 1: Guru mendengar dengan sensitif perkara yang hendak disampaikan oleh murid. Peringkat 2: Memahami situasi yang dialami oleh murid. Peringkat 3: Membantu murid menghubungkait perasaan sebenar dengan situasi yang dihadapi.
Kemahiran menanyakan soalan ialah kemukakan soalan yang dapat menggalakkan murid bercerita. Terdiri daripada soalan terbuka (memerlukan penjelasan lanjut.
contoh soalan: apa, bagaimana) dan soalan tertutup (memberikan jawapan yang khusus. Contoh jawapan: ya atau tidak)
Teknik modifikasi tingkah laku menggunakan prinsip peneguhan tingkah laku dipengaruhi oleh akibat selepas tingkah laku ditunjukkan tingkah laku boleh dibentuk, dikekalkan, diteguhkan atau dilemahkan berdasarkan akibat yang diberikan bertindak berdasarkan kepada tingkah laku yang diberi ganjaran akan diulang manakala yang tidak diberi ganjaran dilupus. Peneguhan positif (ganjaran) adalah lebih berkesan daripada dendaan. Dalam memberi peneguhan beberapa faktor perlu diambil kira seperti umur, latar belakang, tingkah laku yang ingin dibentuk, kedukaran aktiviti dan tahap kemahiran murid akan mempengaruhi keberkesanan peneguhan. Peringkat-peringkat peneguhan ialah bahan makanan, barangan, token, aktiviti, keistimewaan, pengiktirafan rakan, perakuan guru dan kepuasan kendiri.
Sistem modifikasi tingkah laku yang berstruktur ialah sistem kontrak tingkah laku. Suatu kontrak berstruktur yang dibentuk oleh guru dengan seorang murid atau sekumpulan murid. Sistem token ialah sistem token berfungsi apabila token yang didapati ditukar dengan barangan atau aktiviti yang menyeronokkan.
Wednesday, 19 February 2014
TAJUK 7 : DISLEKSIA
BY : KUMPULAN B
SOALAN:
Cikgu
Aini mendapati beberapa orang murid dalam kelasnya yang menghadapi masalah
pembelajaran yang menunjukkan ciri-ciri seperti kesilapan menterbalikkan
perkataan atau huruf. Bagaimanakah cara Cikgu Aini mengatasi masalah tersebut?
JAWAPAN :
Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu
kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik
pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini
bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya,
sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan.
Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi
seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata
sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak.
Seperti yang kita tahu, kanak-kanak Disleksia ini boleh
dirawat. Mereka memerlukan keperluan khas berbanding dengan kanak-kanak normal
yang lain. Satu cara yang paling asas dalam membantu kanak-kanak disleksia ialah
perlu adanya komunikasi dan pemahaman yang sama mengenai Disleksia antara
ibu bapa, guru dan masyarakat. Hal ini kerana jika dilihat dalam zaman
permodenan pada hari ini, ada diantara ibu bapa yang berpelajaran tinggi tidak
dapat menerima kenyataan bahawa anak mereka menghidap Disleksia. Begitu juga
dengan mentaliti masyarakat umum yang mahukan anak-anak mereka menjadi seorang
yang bijak pandai agar dapat menjadi manusia yang berjaya apabila dewasa kelak.
Ibubapa juga seolah-olah putus asa dan tidak dapat menerima kenyataan. Oleh
itu, Cikgu Aini harus meningkatkan pemahaman tentang apa itu Disleksia dalam
kalangan ibubapa dan masyarakat.
Cikgu Aini harus memastikan yang kanak-kanak disleksia
diletakkan ditempat duduk paling hadapan apabila seisi pengajaran dan
pembelajaran dilakukan. Ia adalah
kerana apabila kanak-kanak ini
diletakkan ditempat duduk paling hadapan, mereka akan lebih fokus terhadap
proses pembelajaran.
Cikgu Aini haruslah sentiasa mengawasi dan mendekati
kanak-kanak disleksia ini ketika diberikan tugas. Contohnya, Cikgu Aini meminta
dibuka halaman 15. Pastikan kanak-kanak disleksia ini tidak tertukar dengan
membuka halaman lain, misalnya halaman 51.
Cikgu Aini juga haruslah dapat bertoleransi dengan
kanak-kanak disleksia ketika menyalin soalan di papan tulis. Mereka perlu
diberikan masa yang lebih banyak untuk menyiapkan latihan. Selain itu, Cikgu
Aini dapat memberikan soalan dalam bentuk tertulis di dalam kertas.
Kanak-kanak disleksia yang sudah menunjukkkan usaha keras
untuk berlatih dan belajar haruslah diberikan penghargaan yang sesuai seperti
hadiah dan memuji hasil kerja mereka oleh Cikgu Aini. Tidak lupa juga proses
pembelajarannya perlu diselang-selikan dengan waktu istirahat yang cukup.
Cikgu Aini perlu melatih dan memerhatikan kanak-kanak
disleksia ini menulis tulisan titik-titik sambung sambil memperhatikan cara
kanak-kanak ini duduk dan memegang pensilnya. Tulisan titik-titik sambung
memudahkan mereka membezakan antara huruf yang hampir sama contohnya ‘b’ dengan
‘d’. Murid harus diperlihatkan terlebih dahulu cara menulis huruf titik-titik
sambung karena kemahiran tersebut tidak dapat diperoleh begitu saja.
Pembentukan huruf yang betul sangatlah penting dan kanak-kanak ini harus
dilatih menulis huruf-huruf yang hampir sama berulang kali. Contohnya
huruf-huruf dengan bentuk bulat: “g, c, o, d, a, s, q”, bentuk zig zag: “k, v,
x, z”, bentuk linear: “j, t, l, u, y”, dan bentuk hampir serupa: “r, n, m, h”.
Cikgu Aini perlu melakukan pendekatan yang berbeza ketika
belajar matematik dengan kanak-kanak disleksia, kebanyakan mereka lebih senang
menggunakan sistem belajar yang praktikal. Selain itu kita juga perlu menyedari
bahawa kanak-kanak disleksia mempunyai cara yang berbeza dalam menyelesaikan
sesuatu soalan matematik. Oleh itu,kita tidak boleh memaksa kanak-kanak
disleksia ini membuat cara penyelesaian yang klasik jika cara tersebut sukar
diterima oleh mereka.
Dari aspek emosi pula kanak-kanak disleksia ini menjadi
sangat sensitif, terutama sekali jika mereka merasakan bahawa mereka berbeza
berbanding teman-temannya dan mendapat perhatian yang berbeza dari gurunya.
Lebih buruk lagi jika prestasi akademik mereka menjadi semakin buruk akibat
taraf perbezaan yang diberikan oleh guru. Keadaan ini akan menyebabkan
kanak-kanak disleksia ini menjadi individu yang mempunyai konsep kendiri yang
rendah. Jika hal ini tidak segera diatasi maka akan terus bertambah parah
dan menyulitkan lagi proses terapi selanjutnya. Jadi Cikgu Aini sebagai orang
terdekat harus membangkitkan semangatnya, memberikan motivasi dan menyokong
setiap langkah usaha yang ditunjukkan oleh kanak-kanak disleksia
TAJUK 4 : TERAPI REALITI
BY : KUMPULAN E
SOALAN:
“
Siti seorang murid cemerlang dan sentiasa menunjukkan prestasi yang
membanggakan. Namun, pada peperiksaan percubaan SPM yang lepas, keputusan
peperiksaan Siti menurun secara mendadak dan menyebabkannya kecewa serta tidak dapat
menerima kegagalan tersebut. Apakah peranan guru kelas itu untuk membantu Siti
yakin dengan diri semula?”
JAWAPAN
:
Peranan
sebagai seorang guru kelas perlu mengambil berat dan sentiasa mengikuti
perkembangan pelajar di dalam kelas jagaan mereka. Dalam kes yang dihadapi
Siti,guru kelas Siti perlu bijak mengatur strategi dalam membantu menyelasaikan
masalah yang dihadapi oleh Siti bagi membuang rasa kekok dan segan dalam diri
Siti untuk menceritakan masalah yang dihadapinya. Antara teknik yang boleh digunakan
oleh guru kelas Siti ialah teknik Terapi Realiti iatu salah satu teknik
kauseling untuk membantu individu meneroka kemahuan diri, membuat refleksi
tentang apa yang sedang dilakukan dan membuat perancangan tentang kehendak
sebenar mereka pada masa depan.
Antara
langkah yang perlu diambil oleh guru kelas Siti ialah belia perlu mengenal pasti punca dan kesan yang akan
berlaku atas tindakan yang diambil Siti sebagai contohnya ialah jika Siti
mengambil sikap berdiam diri dan menjadi pasif selepas keputusan peperiksaan
percubaan SPM merosot ia tidak akan dapat membantu apa-apa bahkan menambahkan
lagi masalah kepada dirinya.
Seterusnya,
selaku guru kelas merangkap pebimbing Siti guru tersebut perlu mecari punca berlakunya kemerosotan
keputusan peperiksaan Siti itu adakah berpunca daripada dirinya sendiri yang
lalai dan malas belajar atau dipengaruhi oleh faktor persekitaran seperti
masalah keluarga atau masalah kesihatan yang dihadapi Siti semasa peperiksaan
contohnya demam.
Selain
itu, guru kelas Siti juga perlu
menyediakan pelan perancangan atau dengan kata lain cadangan-cadangan bagi
membuka jalan dan membantu Siti menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Siti
serta membantu SIti menguruskan tingkah lakunya. Guru kelas SIti boleh
mencadangkan beberapa penyelesaian kepada Siti untuk mengatasi masalahnya agar
Siti tidak mengalami tekanan perasaan yang berterusan ekoran kemerosotan
keputusan peperiksaannya.
Akhir
sekali, setelah memberi cadangan dan jalan untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi Siti guru kelas Siti perlu bertindak
sebagai pebimbing Siti dengan mendengar luahan hati Siti dalam menceritakan
masalah yang dihadapinya serta membantu Siti membuat pilihan untuk bertindak
dalam menyelesaikan masalahnya terusnya bangkit kembali daripada kegagalan dirinya
dalam mencapai target untuk terus cemerlang dalam peperiksaan.
TAJUK 4 : DISIPLIN ASERTIF CANTER
BY : KUMPULAN B
SOALAN:
Cikgu uthaya
mendapati bahawa murid-murid kelasnya sentiasa mengganggu proses pengajaran dan
pembelajarannya. Mereka menjerit dalam kelas dan bercakap semasa guru mengajar.
Selain itu mereka juga tidak menghantar kerja rumah. Berdasarkan prinsip-prinsip
disiplin asertif, bagaimanakah Gikgu Uthaya mengaplikasikan prinsip-prinsip
tersebut untuk mengubah tingkah laku pelajar-pelajar tersebut.
JAWAPAN:
Model Disiplin Asertif telah dipelopori oleh
Lee and Marlene Canter pada tahun 1976. Model ini melatih murid-murid untuk
menerima konsekuen bagi tindakan mereka. Model ini mempunyai beberapa prinsip
tersendiri.
Antara langkah yang perlu diambil oleh Cikgu
Uthaya dalam mengaplikasikan prinsip-prinsip Asertif bagi mengubah tingkah laku
para pelajarnya adalah dengan menunjukkan sifat asertif atau tegas ketika mengawal kelas. Hal ini
kerana Ketegasan yang ditunjukkan oleh seorang guru mampu mewujudkan rasa
hormat dan takut dalam diri para pelajar terhadap seseorang guru seterusnya
menjadikan mereka dapat mengikuti dan mematuhi arahan yang diberikan dengan
mudah tanpa memberi seribu satu alasan. Apabila seorang guru mampu menunjukkan
ketegasan semasa mengawal kelas, maka para pelajar akan berasa takut untuk
melakukan sebarang kesalahan disiplin atau bermain-main semasa belajar.
Sebagai seorang guru, cikgu Uthaya juga
perlu memberi pengukuhan kepada kepara
pelajar bagi tindakan yang wajar. Beliau perlu menegur sikap kurang sopan atau
kesalahan tingkah laku yang ditunjukkan oleh para pelajar serta menasihati
mereka dan memberikan penjelasan tentang sikap yang sepatutnya ditunjukkan oleh
mereka. Selain itu murid-murid perlu diceritakan tentang keburukan kesalahan
tingkah laku yang telah ditunjukkan.
Seterusnya,cikgu Uthaya perlu menentukan
peraturan dalam bilik darjah tersebut. Sebagai seorang guru, Cikgu Uthaya
berkuasa menentukan peraturan dalam bilik darjah selagi ianya tidak
bertentangan dengan peraturan sekolah. Langkah ini adalah bertujuan bagi
memastikan para pelajar sentiasa berdisiplin semasa berada di kawasan sekolah
lebih –lebih lagi semasa berada di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah. Selain itu, langkah ini juga mampu mengelakkan salah laku pelajar
dalam bilik darjah. Kesalahan ringan yang sering dipandang remeh oleh setiap
murid mampu diatasi dengan adanya peraturan dalam bilik darjah. Apabila para
pelajar menjadi berdisiplin, maka proses pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah akan berjalan dengan lancer dan berkesan apabila tiada lagi
gangguan yang dilakukan oleh para pelajar. Dengan ini, guru dapat menyampaikan
pengajaran dengan baik dan para pelajar dapat pula menguasai pembelajaran
dengan berkesan. Maka wujudlah pelajar yang cemerlang dan berdisiplin.
Malah Cikgu Uthaya juga boleh menggunakan
system ganjaran dan dendaan bagi mengubah tingkah laku para pelajar yang nakal
agar mereka lebih patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan. System ganjaran
mampu menimbulkan minat murid-murid untuk menunjukkan tingkah laku yang baik
apabila mereka menerima ganjaran daripada guru diatas sikap baik yang
ditunjukkan. System ganjaran ini juga mampu merapatkan hubungan antara murid
dengan guru . hal ini kerana kanak-kanak sememangnya suka diberi hadiah atau
barang-barang samaada makanan,pakaian,mainan dan sebagainya.Manakala system
dendaan pula mampu meninbulkan rasa takut dalam diri para pelajar untuk membuat
salah laku di sekolah
Bagi mengubah tingkah laku para pelajar,cikgu
utahaya perlu menjelaskan akibat negatif tidak mematuhi peraturan bilik darjah.
Seorang pelajar kadang kala melakukan kesalahan tanpa mengetahui kesan tindakan
tersebut kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain. Namun begitu, sebagai
seorang guru yang baik dan prihatin, cikgu Uthaya perlu menjelaskan akibat
buruk daripada kesalahan tingkah laku yang telah dilakukan oelh mereka. Langkah
ini bertujuan untuk memberi nasihat dan menimbulkan kesedaran mereka terhadap
kesalahan yang dilakukan tanpa memberi sebarang hukuman fizikal kepada mereka.
Selain itu, langkah ini merupakan teknik yang betul dan berkesan bagi menegur
para pelajar yang melakukan kesalahan agar mereka tidak memberontak sekiranya
menggunakan kekerasan untuk menegur kesilapan mereka. Contohnya,seorang pelajar
yang terpaksa menjaga bapanya yang terlantar sakit di hospital dirotan kerana
tidak menyiapkan kerja rumah tanpa
ditanyakan alasannya oleh guru kepada pelajar tersebut akan menyebabkan lama
kelamaan pelajar akan menjadi degil dan “liar” kerana tertekan dengan sikap
guru yang cepat menghukum tanpa usul periksa.
Bagi mengubah tingkah laku para pelajar kearah
yang lebih baik, Cikgu Utahaya perlu menentukan akibat positif untuk tingkah
laku yang sesuai. Sebagai contoh, guru memuji murid yang rajin menyiapkan kerja
sekolah dengan memberitahu bahawa sikpanya itu mampu menjadikan dia sebagai seorang
pelajar yang bijak dan cemerlang. Dan mungkin suatu hari nanti dia mampu
melanjutkan pelajaran ke university dan seterusnya mendapat pekerjaan yang
hebat seterusnya mampumemiliki rumah dan kereta yang besar. Langkah ini mampu
meningkatkan semangat pelajar untuk terus melakukan kebaikan dan rajin dalam menuntut ilmu.
TAJUK 3 : PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH (KEPENTINGAN MEMBINA HUBUNGAN GURU-MURID)
BY : KUMPULAN D
SOALAN
:
Membina hubungan guru-murid merupakan salah satu
peranan guru dalam pengurusan bilik darjah. Apakah yang anda faham tentang
konsep membina hubungan guru-murid beserta kepentingannya?
JAWAPAN
:
Membina hubungan guru-murid merupakan satu aspek
penting untuk membina persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam
pengurusan bilik darjah. Hal ini kerana apabila hubungan guru murid baik, maka
semua urursan akan berjalan dengan lebih lancar. Murid akan mudah bertolak
ansur dengan guru dan mengikut arahan guru sebagaimana mudahnya guru bertolak
ansur dengan murid. Contohnya, murid yang mempunyai hubungan guru-murid yang
baik akan selalu membuat kerja rumah yang diberi dan seandainya murid tidak
menyiapkan tugasan, guru terus bertanya secara peribadi tanpa terlebih dahulu
menghukum. Namun, membina hubungan guru-murid tidak mudah kerana ada peraturan
tersendiri namun perlu hormat dan mesra. Maksudnya, dalam membina hubungan
guru-murid, kedua-dua pihak masih ada batas untuk diikutkan. Contohnya, guru
lelaki tidak boleh memegang murid perempuan dan sebaliknya. Masih perlu ada
nilai hormat dan tidak berlebihan dalam bermesra. Kesimpulannya, hubungan
guru-murid yang positif menentukan pencapaian persekitaran pembelajaran yang
kondusif.
Kepentingan membina hubungan
guru-murid ialah pengajaran dapat
dijalankan dengan sempurna. Guru yang
membina hubungan yang baik dengan murid-muridnya dapat melicinkan perjalanan
pengajaran dan pembelajaran. Murid akan lebih berminat dengan pembelajaran dan
berusaha untuk memberikan kerjasama sepenuhnya membolehkan pengajaran dapat
dilakukan dengan sempurna. Apabila aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan
lancar, guru akan menjadi semakin bermotivasi untuk mengajar dan murid juga
bersemangat untuk ke sekolah setiap hari. Contohnya, guru yang sering berleter
dan marah-marah tanpa sebab akan menyebabkan murid tidak menumpukan perhatian
kepada pengajaran guru dan akan cuba menunjukkan perasaan tidak puas hati dengan
berbual-bual di belakang kelas seterusnya pengajaran tidak dapat dilakukan
dengan sempurna.
Kepentingan
kedua ialah memupuk tahap disiplin
pelajar.
Apabila hubungan guru-murid baik, murid akan takut untuk melanggar disiplin,
mungkin kerana segan dan malu dengan gurunya. Selain itu, hubungan ini akan
mewujudkan satu suasana mesra antara guru dan murid untuk meluahkan perasaan
dan menjadi tempat meminta nasihat. Seterusnya, dapat mengurangkan masalah
disiplin kerana kebiasaannya, masalah disiplin berlaku disebabkan oleh tekanan
atau masalah yang terpendam dalam diri murid. Contohnya, masalah keluarga yang
menyebabkan murid membuat masalah didiplin untuk menarik perhatian orang lain.
Ketiga, murid-murid rela
mematuhi arahan guru. Hubungan guru dengan murid
juga dapat menjadikan murid patuh kepada guru tanpa sebarang paksaan. Guru-guru
mengawal murid untuk menjalankan aktiviti pengajaran dengan lebih berkesan.
Keberkesanan ini akan menaikkan imej guru. Guru akan lebih dihormati dan
dipandang mulia. Imej ini akan memberikan kesan positif terhadap keyakinan
kendiri guru.
Keempat,
bilik darjah akan menjadi alam belajar yang menarik. Hal ini kerana semua pihak bekerjasama untuk sesi pengajaran dan
pembelajaran tanpa ada halangan. Aktiviti pengajaran akan menjadi lebih seronok
dan efektif sekiranya mendapat kerjasama yang padu sebegini. Penglibatan murid
yang aktif ini mendorong guru menyediakan aktiviti-aktiviti yang lebih praktik
dan berkesan menjadikan pembelajaran lebih menarik.
Hubungan guru dan murid turut mempengaruhi peningkatkan
pencapaian akademik murid. Guru yang dapat berhubungan baik dengan
murid-muridnya akan dapat mengenal pasti kebolehan murid-muridnya. Hubungan
yang mesra dan kondusif membolehkan guru membantu murid memperbaiki prestasi
akademik mereka. Contohnya, jika seorang murid mempunyai masalah dalam memahami
sesuatu pelajaran, murid tersebut tidak akan takut dan segan untuk berjumpa
guru untuk mendapatkan penjelasan. Justeru, murid tersebut akan dapat
meningkatkan pencapaian akademiknya dengan adanya hubungan guru-murid yang
baik.
Kesimpulannya,
hubungan guru-murid sangat penting dan antara kemahiran yang mesti dimiliki
oleh guru terutama pada permulaan memasuki kelas yang baru. Persepsi pertama
murid kepada guru mempengaruhi hubungan guru-murid untuk hari-hari seterusnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)