SOALAN
:
“Samad
sering melakukan masalah disiplin di sekolah dan mempunyai sifat panas baran”.
Sejauh manakah anda bersetuju bahawa masalah disiplin dan tingkah laku yang
dilakukan oleh Samad dipengaruhi oleh faktor persekitaran.JAWAPAN :
Setiap perkara yang berlaku mempunyai sebab dan alasan
tertentu. Begitu juga dengan masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan murid
sekolah rendah. Punca utama masalah disiplin murid sekolah timbul ialah diri
murid itu sendiri. Personaliti setiap murid adalah berbeza. Masalah
disiplin sering ditimbulkan oleh murid yang mempunyai sikap agresif dan
bersifat ekstravert. Murid yang sangat aktif dan gemar berinteraksi dengan
murid lain cenderung untuk melanggar peraturan yang ditetapkan terutamanya
semasa di dalam bilik darjah. Contohnya, membuat bising serta menganggu murid
lain dan secara tidak langsung turut menjejaskan proses pembelajaran di dalam
kelas.
Hal yang demikian turut berlaku dalam kalangan murid yang bersifat agresif iaitu mereka sering dan mudah bertindak ganas seperti cepat marah. Mereka ini juga kadang-kadang sengaja untuk menimbulkan kenakalan agar mereka ini mendapat layanan dan perhatian yang sewajarnya daripada guru-guru,rakan-rakan, dan ibu bapa. Pada asasnya individu yang berkelakuan melanggar peraturan mempunyai keperluan emosi yang tidak dapat dipenuhi. Selain itu, perasaan iri hati dan tersingkir di rumah, sekolah, dan persekitaran yang kerap mendorong berlakunya tingkah laku yang menyimpang terhadap diri dan juga orang lain. Hal yang demikian berlaku kerana kekurangan keupayaan bagi melaksanakan sesuatu dan juga kerana faktor sosial yang ada di sekitar mereka yang boleh melumpuhkan kehendak.
Hal yang demikian turut berlaku dalam kalangan murid yang bersifat agresif iaitu mereka sering dan mudah bertindak ganas seperti cepat marah. Mereka ini juga kadang-kadang sengaja untuk menimbulkan kenakalan agar mereka ini mendapat layanan dan perhatian yang sewajarnya daripada guru-guru,rakan-rakan, dan ibu bapa. Pada asasnya individu yang berkelakuan melanggar peraturan mempunyai keperluan emosi yang tidak dapat dipenuhi. Selain itu, perasaan iri hati dan tersingkir di rumah, sekolah, dan persekitaran yang kerap mendorong berlakunya tingkah laku yang menyimpang terhadap diri dan juga orang lain. Hal yang demikian berlaku kerana kekurangan keupayaan bagi melaksanakan sesuatu dan juga kerana faktor sosial yang ada di sekitar mereka yang boleh melumpuhkan kehendak.
Sikap murid itu sendiri yang
mengamalkan sosiemosi yang kurang sihat turut menyebabkan masalah disiplin.
Sekiranya dilihat daripada aspek murid, didapati berlakunya corak persahabatan
dalam kalangan murid yang tidak sihat. Sehubungan dengan itu, maka wujudlah
situasi atau kelompok tertutup, perasingan, murid tersingkir, dan juga pasangan
murid adalah pilihan masing-masing. Tingkah laku seperti ini akan menjejaskan
perhubungan yang baik dalam kalangan murid itu sendiri. Golongan yang bersifat
sebegini perlu diberi bantuan yang sewajarnya agar masalah disiplin dapat
dikurangkan. Sebagai seorang guru, mereka perlu melibatkan murid-murid dalam
aktiviti berkumpulan. Suasana yang sihat, tenteram, dan harmonis akan
menyediakan suasana yang menggalakkan proses pembelajaran di sekolah.
Seterusnya, faktor atau permasalahan kesihatan murid
juga merupakan punca berlakunya masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah.
Keadaan kesihatan murid yang sihat dan baik dapat mengurangkan masalah disiplin
murid kerana membantu murid untuk memberikan tumpuan yang lebih semasa proses
pembelajaran dijalankan. Hal yang demikian amat berbeza pula jika dibandingkan
dengan keadaan murid yang tidak sihat kerana mereka mudah berasa tertekan.
Selain itu, mereka juga mudah berasa rimas atau tidak selesa, letih, emosi
tidak stabil, gelisah, dan sebagainya yang akan menganggu tumpuan belajar
mereka. Keadaan ini turut memberi kesan kepada guru untuk menyampaikan maklumat
dan ilmu pengetahuan kepada murid dengan lebih berkesan. Berdasarkan faktor
ini, masalah disiplin berlaku apabila murid mudah berasa marah dan bertindak
dengan melanggar peraturan sekolah seperti bergaduh dan tidur di dalam kelas.
Masalah disiplin bukan sahaja berpunca daripada sikap
murid malah turut berpunca daripada kaedah pengajaran dan bahan yang tidak
sesuai diberikan oleh guru. Bahan pengajaran yang terlalu bersifat lama
dan formal akan menimbulkan kebosanan dalam kalangan murid. Hal yang demikian
kerana bahan tersebut tidak dapat menarik perhatian murid dan terlaku sukar
untuk diikuti serta difahami oleh murid-murid. Contohnya dapat dilihat apabila
guru hanya menggunakan kaedah pengajaran seperti membaca, menulis, dan
berkomunikasi sehala semata-mata. Keadaan yang bosan akan mendorong murid-murid
untuk memberontak. Contohnya, murid cenderung untuk ponteng sekolah, ponteng
kelas, menganggu murid lain, membuat bising dan sebagainya.
Kualiti guru merupakan salah satu
punca berlakunya masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah. Persediaan guru
amat penting bagi menjamin ketenteraman serta disiplin murid-murid. Guru yang
berinisiatif serta kreatif, menggunakan bahan dan alat bantu mengajar yang
menarik dapat mengambil hati murid untuk menumpukan perhatian dan mengurangkan
masalah disiplin murid. Guru yang bersikap kurang tegas serta tidak tetap
pendirian turut sukar untuk mendapat penghormatan murid-murid dan guru seperti
ini amat sukar untuk mengawal murid-murid di bawah jagaannya.
Tambahan pula, suasana sosioemosi yang kurang sihat
juga turut mendorong dan menyebabkan masalah disiplin dalam kalangan murid
sekolah. Guru yang bersifat autokratik dan dominan akan menyebabkan murid
sentiasa berada dalam keadaan emosi yang tidak selesa dan tertekan. Contohnya
seperti perasaan bimbang, takut, dan gemuruh yang melampau. Keadaan ini akan
mewujudkan suasana atau situasi emosi murid yang tidak menentu dan tertekan.
Ekoran daripada itu, emosi yang tertekan akan menjejaskan keupayan murid untuk
menerima input pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru.
Masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah juga
berpunca daripada persekitaran sekolah itu sendiri. Antara perkara yang
menggalakkan masalah disiplin berlaku adalah organisasi dan struktur belajar di
sekolah seperti pengaliran murid mengikut pencapaian. Selain itu, pihak
berkuasa yang terlalu menekankan peperiksaan juga menyumbang berlakunya
disiplin murid sekolah sekiranya dilihat pada aspek persekitaran sekolah.
Antara yang lain ialah bentuk dan struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan
harapan guru yang terlalu menekan murid-murid menyebabkan masalah disiplin
berlaku. Guru-guru yang melabelkan sesetengah muridnya seperti murid yang bodoh
dan malas akan menyebabkan motivasi murid menurun dan jatuh. Murid-murid yang
rendah motivasinya lebih cenderung untuk melakukan masalah disiplin.
Murid-murid yang kecewa pula akan mencuba mendapatkan perhatian guru dengan
cara menimbulkan kenakalan, merosakkan harta benda sekolah serta menganggu
rakan-rakan lain. Namun, Persekitaran sekolah seperti bilangan murid yang
terlampau ramai secara tidak langsung juga mewujudkan suasana yang membenarkan
berlakunya masalah disiplin. Bilangan murid yang ramai menyukarkan pengawalan
murid.
Disamping itu, masalah disiplin dalam kalangan murid
sekolah berpunca daripada keadaan fizikal bilik darjah atau kelas yang tidak
selesa dan tidak teratur. Keadaan fizikal bilik darjah yang terlalu panas
dan terlalu sesak boleh mendorong timbulnya masalah disiplin. Selain itu,
pengcahayaan yang tidak cukup seperti bilik yang gelap, dan cahaya yang tidak
mengcukupi turut menyebabkan berlakunya masalah disiplin. Berdasarkan situasi
dan kedaan ini, murid mudah mengantuk dan sukar memberi tumpuan kepada proses
pembelajaran dan pengajaran yang guru berikan. Sekiranya mereka tidak selesa
dengan kerusi dan meja yang kurang sesuai, maka kesempatan untuk menimbulkan
masalah disiplin akan diwujudkan.
Punca yang seterusnya ialah latar belakang murid.
Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membentuk anak-anak walaupun
mereka mendapat pendidikan di sekolah. Ibu bapa zaman sekarang kebanyakkan
mementingkan pekerjaan atau wang. Kadangkala ada anak-anak lebih rapat dengan
pembantu rumah daripada ibu bapa mereka sendiri. Tindakan mereka ini
menyebabkan perhatian terhadap anak-anak terabai. Masalah keluarga sering kali
dibawa ke sekolah oleh anak-anak atau murid-murid. Selain itu, ibu bapa yang
kurang memberi didikan agama dan moral kepada anak-anak menyebabkan murid
berani melakukan kesalahan tanpa ditegur dan dimarahi oleh ahli keluarga.
Kebanyakkan murid bermasalah sering mengalami masalah keluarga. Murid ini akan
melepaskan tekanan di sekolah seperti merosakkan harta benda sekolah, bergaduh,
ponteng kelas dan sekolah serta melanggar peraturan yang lain.
Konflik dalam keluarga,penceraian atau kehadiran
adik baharu di rumah boleh mengganggu emosi kanak-kanak jika perubahan ini
tidak diurus dengan baik. Perasaan kerisauan,marah atau kecewa yang terpendam
akan dibawa ke sekolah. Masalah emosi ini muncul melalui tingkah laku murid
tersebut, misalnya perasaan marah terhadap ibu disalurkan kepada guru wanita di
dalam bilik darjah.
Sesetengah ibu bapa bersikap sangat tegas terhadap
anak-anak mereka. Ada pula yang jarang menunjukkan kasih sayang, misalnya tidak
memegang tangan atau memeluk anak mereka. Murid yang kurang mendapat kasih
sayang atau perhatian di rumah akan cuba mendapatkannya daripada guru dan rakan
sebaya.
No comments:
Post a Comment